Dakapi China, Dakapi Peluang

Foto bertarikh 3 Mac 2025 ini memaparkan peralatan laser yang dipamerkan di Pameran Peralatan Mesin Antarabangsa Shanghai. (People’s Daily Online/Wu Xue)

Foto bertarikh 3 Mac 2025 ini memaparkan peralatan laser yang dipamerkan di Pameran Peralatan Mesin Antarabangsa Shanghai. (People’s Daily Online/Wu Xue)

Pada 28 Mac, Presiden China, Xi Jinping telah bertemu dengan wakil-wakil komuniti perniagaan antarabangsa di Dewan Besar Rakyat di Beijng. Lebih daripada 40 pengerusi dan ketua pegawai eksekutif syarikat perniagaan global serta wakil majlis perniagaan telah menghadiri perjumpaan tersebut.

Menurut Xi, syarikat asing adalah peserta penting dalam mendorong pemodenan China, pembaharuan dan pembukaan dan inovasi negara, serta dalam ketersambungannya dengan dunia dan integrasi ke dalam globalisasi ekonomi.

Beliau menekankan bahawa China telah dan akan terus menjadi destinasi yang berpontesi, selamat dan ideal buat pelabur asing. Mendakap China adalah seperti mendakap peluang, mempercayai China adalah mempercayai hari esok yang lebih baik, dan melabur di China adalah melabur untuk masa depan.

Sebagai petanda peranan China dalam mendepani ekonomi global, eksekutif-eksekutif utama dari syarikat multinasional (MNC) baru-baru ini telah berhimpun di sidang-sidang antarabangsa berprofil tinggi termasuk Forum Pembangunan China 2025, Sidang Tahunan Forum Boao untuk Asia 2025 dan Sidang Tahunan Forum Zhongguancun (ZGC) 2025, sekali gus memperlihatkan tarikan China sebagai hab untuk keterlibatan ekonomi dan inovasi.

China yang merupakan salah satu penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi global telah membawa kestabilan yang diperlukan kepada dunia, selari dengan kemajuan dorongan pemodenannya.

Dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, pemulihan ekonomi China telah mendapat momentum, disumbang oleh peningkatan potensi dalam pasaran penggunanya yang luas, kemajuan stabil dalam keinstitusian pembukaan, dan pembangunan pesat dalam tenaga produktif berkualiti baharu, sekali gus menyaksikan kedatangan modal antarabangsa yang terus menerus.

Di sebalik latar belakang dunia yang mengalami ketegangan geopolitik, fahaman perlindungan dan ketidaktentuan ekonomi global yang kian meningkat, komitmen China terhadap pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi telah memberikan rasa selamat dan keyakinan buat perniagaan global.

Dengan pasarannya yang besar, hala tuju dasar yang jelas, persekitaran perniagaan yang membangun baik, China kekal menjadi destinasi penting bagi pelaburan asing.

Sejak awal tahun ini, China telah mengemukakan pelbagai langkah termasuk pelan tindakan untuk menstabilkan pelaburan asing dan menggariskan dasar dalam laporan kerja kerajaan bagi menstabilkan perdagangan asing.

Kesemua langkah tersebut bertujuan untuk memudahkan akses pasaran, selari dengan piawaian global bertaraf tinggi, membantu pelaburan, dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih baik, secara tidak langsung mencerminkan komitmen China untuk berkongsi peluang pertumbuhan bersama-sama dengan negara lain.

Sidang Tahunan Forum Zhongguancun (ZGC) 2025 yang diadakan pada 27 Mac 2025. (People’s Daily Online/Guo Junfeng)

Sidang Tahunan Forum Zhongguancun (ZGC) 2025 yang diadakan pada 27 Mac 2025. (People’s Daily Online/Guo Junfeng)

Eksekutif MNC telah menzahirkan sifat optimis masing-masing, dengan menyifatkan pasaran China sebagai penting dan dinamik.

“Peluang dan potensi pertumbuhan di China sangat mengujakan,” ujar seorang eksekutif, sementara seorang lagi turut akur dengan menyatakan, “China bukan sahaja sebagai satu pilihan, tetapi wajib (dipilih),” ujarnya. Perkongsian keyakinan ini juga telah menterjemahkan komitment pelaburan yang kukuh, mencerminkan minat berterusan terhadap trajektori ekonomi China.

Bagi MNC, China telah berevolusi daripada hab pembuatan kepada pusat penyelidikan dan pembangunan yang penting. Ekosistem inovasinya yang dinamik telah menyediakan platform penting buat syarikat global yang ingin menambah baik daya saing masing-masing.

Pembuat kereta mewah terkemuka Jerman, Mercedes-Benz akan melabur tambahan RMB14 bilion (AS$1.92 bilion) ke dalam pasaran China, meningkatkan portfolio produknya di negara Tembok Besar itu.

Gergasi perubatan Amerika, Eli Lilly and Company telah membuka pemecut inovasinya Lilly Gateway Laboratory di Beijing, kemudahan keempat syarikat seumpamanya dan yang pertama dibuka di luar Amerika Syarikat.

Tinjauan PwC baru-baru ini terhadap lebih 100 eksekutif daripada MNC mendapati bahawa 50 peratus MNC yang dikajinya telah menyuarakan kepercayaan terhadap kepentingan ekosistem inovasi China kepada strategi global mereka akan terus berkembang.

Antoine de Saint-Affrique, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan makanan Perancis Danone, melihat bahawa China bukan sahaja pasaran penting tetapi juga sebagai salah satu ekosistem inovasi paling maju di dunia.

Multilateralisme adalah satu-satunya pilihan untuk menangani cabaran global. Perniagaan asing, terutamanya MNC, memainkan peranan penting dan memikul tanggungjawab penting untuk mengekalkan susunan ekonomi global.

Tatkala terdapat seruan yang semakin meningkat untuk "menyahgandingkan" dan "memutuskan rantaian bekalan," China telah mengulangi komitmennya untuk menegakkan multilateralisme sebenar, menggalakkan globalisasi ekonomi yang bermanfaat dan inklusif secara universal, mengambil bahagian secara aktif dalam tadbir urus ekonomi global, serta membina ekonomi dunia terbuka.

Pempamer asing memperlihatkan produk masing-masing kepada pelawat China semasa Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa China ke-22 di Luzhou, Provinsi Sichuan pada 27 Mac 2025. (People’s Daily Online/Wang Lin)

Pempamer asing memperlihatkan produk masing-masing kepada pelawat China semasa Ekspo Minuman Beralkohol Antarabangsa China ke-22 di Luzhou, Provinsi Sichuan pada 27 Mac 2025. (People’s Daily Online/Wang Lin)

Bagi eksekutif MNC, meskipun terdapat situasi fahaman perlindungan yang semakin meningkat, mereka berpendapat bahawa China terus mengembangkan keterbukaan, menyuntik kestabilan ke dalam ekonomi global, dan telah menjadi oasis kepastian dan tempat yang hangat untuk pelaburan dan keusahawanan.

China dengan tegas melindungi sistem perdagangan pelbagai hala dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia sebagai terasnya, secara proaktif sejajar dengan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa berstandard tinggi, dan memaksimumkan manfaat RCEP, dengan perkongsian perdagangan meliputi lebih daripada 230 negara dan wilayah.

China bersedia untuk bekerjasama dengan komuniti perniagaan global untuk melindungi sistem perdagangan pelbagai hala, mengekalkan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, melindungi persekitaran antarabangsa untuk keterbukaan dan kerjasama, dan memajukan globalisasi ekonomi ke arah yang tepat.

Video

Berita Berkaitan