- Lain-lain
Xi Ucapkan Tahniah kepada CELAC
Presiden China, Xi Jinping mengutus kawat tahniah kepada Sidang Kemuncak Komuniti Amerika Latin dan Negara-negara Caribbean (CELAC) ke-9 yang diadakan di Honduras pada Rabu.
Xi menyatakan bahawa hubungan antara China dan negara Amerika Latin mengharungi ujian perubahan situasi antarabangsa dan kini berada do fasa baharu yang bersifat sama rata, saling menguntungkan, inovatif, terbuka dan memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau berkata, kepercayaan politik antara kedua-dua pihak semakin diperkukuh dan kerjasama praktikal dipergiat. Pertukaran sosiobudaya semakin kerap diadakan, sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak, dan menjadi teladan bagi kerjasama Selatan-Selatan.
"China bersedia bekerjasama dengan negara-negara di rantau Amerika Latin untuk mendorong pembangunan komuniti berkongsi nasib China-Amerika Latin mencapai kemajuan baharu," kata Xi.