Dangshan, Syurga Bunga Pear

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 10 April 2025
Dangshan, Syurga Bunga Pear
Pelancong menikmati kecantikan bunga sambil bersiar-siar di kebun bunga pear di Dangshan, Anhui. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Mekarnya bunga pear tahun ini, menyambut ketibaan pengunjung ke kota berusia seribu tahun. Terletak di lokasi paling utara provinsi Anhui di sempadan dengan Jiangsu, Shandong dan Henan, kaunti Dangshan diberikan julukan “Ibu Kota Pear Dunia”.

Di sini, kebun-kebun terbentang luas hingga berjuta ekar, Sungai Kuning mengalir beratus batu, dan liputan hutan melebihi 70%. Tempat ini juga dikenali sebagai Bar Oksigen Semula Jadi, dan telah mendapat gelaran kaunti pelancongan sesuai didiami yang paling cantik ekologinya di China, sekali gus menjadi destinasi pelancongan ekologi dan budaya yang unggul di dalam negeri. 

Satu sudut di Kawasan Pemandangan Indah Raja Pokok Pear Dangshan. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Pelancong berpakaian Hanfu menghayati kecantikan bunga di kebun pear di Dangshan, Anhui. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Raja pokok pear di bawah langit membiru bermekaran umpama salji memutih. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Bunga pear bermekaran menghiasi taman di Dangshan, Anhui. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Sebatang pokok pear tua di Taman Pear Dangshan, Anhui, dipenuhi gegantung doa. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Bunga pear bermekaran pada dahan pokok di Dangshan. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Di Taman Pear Dangshan, pelancongan naik menara kayu untuk menikmati pemandangan indah kebun pear. (People’s Daily Online/Zhang Jun)
Bunga pear bermekaran pada dahan pokok di Dangshan. (People’s Daily Online/Zhang Jun)

Video

Berita Berkaitan