Saluran Bahasa Vietnam, Urdu, Hindi People’s Daily Online Dilancar

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 11 April 2025

Untuk terus memperluas liputan kawasan, liputan audiens dan juga liputan kandungan, People’s Daily Online dengan rasminya melancarkan saluran bahasa Vietnam, Urdu dan Hindi pada 11 April.

Terdahulu, Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China dalam laporannya menuntut dengan jelas supaya mengukuhkan pembinaan kemampuan komunikasi antarabangsa, membaiki keberkesanan komunikasi antarabangsa secara menyeluruh, dan membentuk suatu daya wacana yang sepadan dengan kekuatan negara dan status antarabangsa. Pertukaran dan saling belajar antara peradaban hendaklah diperdalam, dan budaya China disampaikan kepada dunia dengan lebih baik.

Ketiga-tiga saluran baharu ini menawarkan maklumat komprehensif mengenai China kepada audiens yang berkaitan, membolehkan sistem komunikasi antarabangsa People’s Daily Online yang berbilang bahasa, berbilang platform, melibatkan semua media serta bersifat global, terus berkembang maju pada tahap yang jelas, dengan perkhidmatan yang tepat, dan trend komunikasi global yang semakin baik.

Tahun-tahun kebelakangan ini, People’s Daily Online telah melancarkan beberapa banyak saluran bahasa asing. Kini, ia mengendalikan 18 saluran bahasa asing iaitu bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Arab, Sepanyol, Jepun, Korea, Jerman, Portugis, Swahili, Itali, Kazakh (skrip Cyril), Thai, Melayu, Greek, Vietnam, Urdu dan Hindi, menjadikannya salah satu laman berita utama atas talian dengan paling banyak bahasa.

Video

Berita Berkaitan