Xi Bertemu Presiden Vietnam

(CRI)Selasa 15 April 2025

China dan Vietnam perlu mengemudi bahtera komuniti berkongsi nasib sesama negara membelah ombak dan bergerak ke hadapan mengikut laluan pelayaran yang tepat.

Demikian ujar Presiden China Xi Jinping semasa bertemu rakan sejawatnya dari Vietnam Luong Cuong di Hanoi pada pagi Selasa.

Xi berkata kedua-dua negara perlu mengekalkan komunikasi strategik peringkat tinggi serta berkongsi pengalaman dalam pentadbiran parti dan negara, selain memperdalam kerjasama dalam bidang pertahanan, keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Menurut beliau, adalah perlunya meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan dan memperkasa landskap kerjasama menyeluruh menerusi kuasa produktif kualiti baharu.

Xi berharap siri aktiviti sambutan Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-Vietnam dapat diadakan dengan jayanya.

Pada tengah hari, Luong Cuong mengadakan majis jamuan bagi meraikan kedatangan Presiden Xi.

Video

Berita Berkaitan