- Lain-lain
China Jemput Belia Vietnam Ikuti Program 'Red Tour'
Sokongan rakyat China dan Vietnam merupakan asas kukuh kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib antara kedua-dua negara.
Demikian ujar Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu wakil-wakil yang menyertai Perhimpunan Persahabatan Rakyat China-Vietnam di Hanoi pada pagi Selasa.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV) To Lam dan Presiden Vietnam Luong Cuong.
Xi dalam ucapannya berkata generasi muda mencorak masa depan dan menjadi harapan pembangunan negara.
China akan menjemput belia Vietnam datang mengikuti program 'red tour' untuk mengenali aspirasi dan kisah perjuangan PKC dalam tempoh tiga tahun mendatang.
Terdahulu, Xi mengunjungi pameran foto bertemakan sambutan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Vietnam dengan diiringi To Lam dan Luong Cuong.
Ketiga-tiga pemimpin turut bersama-sama melancarkan program 'red tour'.
- Xi Akhiri Lawatan Rasmi ke Vietnam
- Jalan-jalan Hanoi: Perdagangan Buah-buahan China-Vietnam Beri Kemanisan Dalam Hasil
- Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Vietnam Perlu Diperkasakan - Xi
- Xi, To Lam Saksi Pelancaran Mekanisme Kerjasama Laluan Rel
- Xi Ziarahi Makam Ho Chi Minh
- Xi Bertemu PM Vietnam
- Xi Bertemu Pengerusi NA Vietnam
- Xi, To Lam Adakan Pertemuan Empat Mata
- Xi Sampai Ucapan Bertulis Sejurus Tiba Hanoi
- Bersama Vietnam "Berganding Bahu Buka Lembaran Baharu" - Xi