Program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping’ Disiar di Malaysia

(CRI)Rabu 16 April 2025

Bertepatan dengan lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping ke Malaysia, episod pertama program 'Kisah Tinta Klasik Pilihan Xi Jinping' versi bahasa Melayu disiarkan di media arus perdana Malaysia termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Isnin.

Program itu menghimpunkan petikan karya klasik dan kata-kata hikmat yang digunakan Xi dalam ucapan, artikel dan kenyataannya dengan memberi tumpuan kepada visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, inovasi dalam pemeliharaan budaya, perlindungan biodiversiti, interaksi dan saling mempelajari antara tamadun demi manfaat bersama.

Diterbitkan oleh Kumpulan Media China (CMG), program berkenaan memaparkan kewibawaan dan kebijaksanaan Presiden Xi dalam mentadbir negara dan komitmen penuh beliau untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Dalam program itu, mutiara kata terpilih seperti 'segala yang tumbuh hidup dalam keharmonian dan manfaat daripada penyuburan alam' memperlihatkan komitmen China untuk menggalakkan interaksi dan saling mempelajari antara tamadun berbeza, serta kesediaan pentadbiran Beijing dalam menawarkan bimbingan ke arah mencapai pembangunan bersama.

Video