China Tanpa Tapisan, Pamer Daya Tarikan Luar Biasa

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 18 April 2025

Pempengaruh dari Amerika Syarikat (AS), IShowSpeed mendekati seni mempertahankan diri Kung Fu Cina di Kuil Shaolin di Provinsi Henan, tengah China. (Foto tangkap layar daripada video)

Pempengaruh dari Amerika Syarikat (AS), IShowSpeed mendekati seni mempertahankan diri Kung Fu Cina di Kuil Shaolin di Provinsi Henan, tengah China. (Foto tangkap layar daripada video)

China, sebuah negara yang berskala besar dengan penduduknya yang ramai, geografi yang luas, dan tamadun berusia selama ribuan tahun – menolak sikap pengkategorian yang mudah.

Dua cerita tular baru-baru ini yang melibatkan pempengaruh internet, iaitu dari antarabangsa dan domestik, telah memberikan cerapan bernuansa tentang masyarakat purba namun berkembang secara dinamik ini.

Yang pertama melibatkan pengaruh Amerika IShowSpeed, yang pengembaraan penstriman langsung globalnya telah dipuji sebagai "perjalanan Marco Polo zaman digital."

Melalui lensa yang tanpa tokok tambah, penonton dari luar negara telah mendapat gambaran masa nyata tentang China termasuk keselamatan bandar yang cemerlang, dron penghantaran makanan futuristik, serta Kung Fu Cina dan seni "ubah wajah" opera Sichuan.

Penglibatan beliau secara spontan seperti menari dengan makcik di dataran, tawar-menawar di pasar malam dan menerima peringatan lucu tentang etika awam dalam bahasa Inggeris dilihat telah memperlihatkan suasana masyarakat yang menggabungkan kebolehdekatan, sifat penuh bertenaga dan ketertiban sivik dengan lancar.

Penstriman oleh IShowSpeed diikuti lebih 100 juta tontonan, dengan bahagian komen dibanjiri oleh warganet antarabangsa yang ingin mengetahui jadual perjalanan dan menganjurkan komuniti peminat yang berdedikasi untuk mendekati China secara langsung.

Fenomena digital ini telah melangkaui sempadan maya. Daripada keluarga Amerika-China yang bersatu semula di Shanghai selepas berhubung semula secara dalam talian, kepada pengaruh asing seperti "Baobao Xiong" yang berpangkalan di AS yang bertukar menjadi duta sukarela untuk China, serta seorang warga Australia yang membawa jirannya yang penuh keraguan, gelombang "Pelancongan China" dilihat telah mendorong lebih ramai pengunjung asing untuk meneroka, memahami, dan mendekati negara Tembok Besar itu.

Momentum ini bertepatan dengan dasar transit bebas visa China yang semakin melonggarkan.

Apa yang nyata ialah sebuah negara yang menentang stereotaip lapuk dan salah tanggapan budaya, daya tarikan aslinya kini bergema di seluruh dunia.

Pelancong bergambar di kawasan pemandangan di Shanghai, 7 April 2025. (Foto oleh Wang Gang/People's Daily Online)

Pelancong bergambar di kawasan pemandangan di Shanghai, 7 April 2025. (Foto oleh Wang Gang/People's Daily Online)

Satu lagi naratif terungkap di Yimeng, Provinsi Shandong di timur China, apabila seorang penyair luar bandar telah memikat khalayak global dengan mencipta pantun ketika sedang bekerja di tengah-tengah kerja ladang.

  Yimeng Erjie, seorang pempengaruh dalam talian dari Provinsi Shandong di timur China, sedang merakam video. (Foto daripada aplikasi Dazhong)

Yimeng Erjie, seorang pempengaruh dalam talian dari Provinsi Shandong di timur China, sedang merakam video. (Foto daripada aplikasi Dazhong)

Dikenali di dalam talian sebagai "Kakak Yimeng," dia mengubah musim bunga menjadi "jam penggera alam semula jadi yang menggembirakan" dan salji musim sejuk menjadi ibarat "gula beku langit," menggabungkan kitaran agraria dengan introspeksi lirik.

Bait-bait yang tular daripadanya iaitu, "Hidup adalah puisi; kewujudan lagu abadi kita" - melambangkan betapa dalamnya falsafah yang bergema dari kawasan luar bandar China.

Terdapat juga tuduhan kononnya kandungan itu dijana AI atau setidak-tidaknya ia memerlukan sokongan pasukan profesional. Ramai yang masih bergelut untuk menyelaraskan ungkapan puitis dengan tanggapan prasangka mereka tentang kehidupan luar bandar. Puncanya terletak pada transformasi China yang mendalam dan drastik, terutamanya perubahan besar yang berlaku di kawasan luar bandarnya.

Namun Kakak Yimeng merupakan hanya salah satu bunga daripada banyak lagi kebangkitan budaya China. Pencipta kandungan muda Li Ziqi menggabungkan ketukangan tradisional dengan estetika pastoral, manakala penyulam etnik mengubah corak warisan menjadi NFT metaverse.

Naratif akar umbi ini berputik daripada transformasi yang mendalam, yakni kejayaan program pembasmian kemiskinan dan penjanaan desa yang tidak hanya mengusahakan ladang yang subur, tetapi juga keyakinan petani terhadap dunia rohani yang diperkaya.

Kejayaan yang selari dari pelbagai kisah berbeza ini—seorang warga Amerika yang menangkis perkara mitos terhadap China melalui penstrim langsung dan seorang penyair petani yang menyatakan perubahan luar bandar, sekali gus mendedahkan kebenaran asas.

China moden yang terdiri daripada realiti yang berbilang lapisan dan eksperimen sosioekonomi perintis, telah menjelmakan legenda hidup. Perwakilannya yang tulen, sama ada melalui kanta asing atau suara domestik, menjadi magnet utama dalam kehadiran warga asing.

Sekiranya dilihat secara menyeluruh dan objektif dari kanta yang tanpa tapisan, China pasti akan muncul sebagai entiti boleh dipercayai, menawan dan mengagumkan.

Video

Berita Berkaitan