Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Terpilih Gabon

(CRI)Isnin 21 April 2025

China bersedia mengambil peluang dari pelaksanaan cadangan yang tercapai dalam Sidang Kemuncak Beijing Forum China-Afrika, dan mendorong perkembangan perkongsian rakan strategik komprehensif dengan Gabon demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam dalam surat tahniah yang diutuskan kepada rakan sejawatnya di Gabon, Brice Clotaire Oligui Nguema atas kemenangannya dalam pilihan raya presiden pada Sabtu.

Xi berkata, sejak beberapa tahun kebelakanga ini, kedua-dua pihak tidak pernah ketinggalan dalam memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, berjaya membuahkan hasil melimpah dalam pelbagai bidang, dan saling memberi sokongan jitu ketika menangani isu-isu berhubung kepentingan teras dan keprihatinan pihak masing-masing.

Video

Berita Berkaitan