- Lain-lain
Entiti Perniagaan Baharu China Melebihi 6 Juta Pada Suku Pertama 2025
(CRI)Isnin 21 April 2025
Sebanyak 6.06 juta entiti perniagaan baharu telah ditubuhkan di China pada suku pertama tahun ini, menurut data jabatan Pentadbiran Negara bagi Peraturan Pasaran China pada hari ini.
Antaranya, jumlah perusahaan baharu mencatat 2.1 juta, pengusaha baharu yang terdaftar dalam bidang industrial dan komersial menokok 3.94 juta, dan koperasi peladang profesional baharu mencecah 14,000.
Pelbagai entiti perniagaan menunjukkan momentum pertumbuhan yang stabil, terutama syarikat swasta dan asing yang terus berkembang dengan baik.
Bilangan syarikat swasta yang baru ditubuhkan meningkat sebanyak 7.1 peratus tahun ke tahun, sedangkan syarikat pelaburan asing yang baru ditubuhkan pula meningkat 4.3 peratus tahun ke tahun.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang