- Lain-lain
Canton Fair: Fasa Pertama Berakhir, Jumlah Pempamer Baharui Rekod
![]() |
Fasa pertama Pameran Import dan Eksport China atau 'Canton Fair' edisi ke-137 diadakan di Guangzhou pada 15 hingga 19 April.
Menonjolkan tema "perkilangan maju", ruang pameran fasa pertama seluas 520,000 meter persegi, terdiri 25,064 gerai melibatkan 11,304 pempamer.
Sementara itu, terdapat lebih 5,100 syarikat teknologi tinggi, syarikat peneraju dalam industri pembuatan dan syarikat inovatif tempatan menyertai pameran fasa pertama itu. Antaranya 3,700 syarikat adalah dari sektor kenderaan tenaga baharu (NEV), bateri litium, fotovolta, teknologi digital, dan pembuatan pintar.
Sehingga 19 April, sebanyak 148,585 pembeli dari 216 negara dan wilayah telah menyertai Canton Fair fasa pertama, angka itu meningkat sebanyak 20.2 peratus berbanding edisi lalu, dan sekali gus memecah rekod.
Menurut pihak penganjur, fasa kedua akan diadakan dari 23 hingga 27 April, memfokuskan kepada perkakasan rumah, manakala fasa ketiga akan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei, menumpu kepada barangan kegunaan rumah.
![]() |
- Canton Fair: Pembeli Asing Meningkat 10 Peratus
- ‘Canton Fair’ Bermula Cemerlang, Angka Pempamer Eksport Perbaharui Rekod
- Canton Fair ke-137 Buka Tirai
- Canton Fair ke-136 Tarik Penyertaan Lebih 30,000 Pempamer
- 246 Ribu Pembeli Asing, Rekod Baharu dalam Sejarah Canton Fair
- Canton Fair ke-135 Tarik Penyertaan Lebih 221,000 Pembeli
- Kawasan Pameran Altitud Rendah Buat Debut di Canton Fair
- Menggilap Kecemerlangan Canton Fair pada Era Baharu: PM Li
- Canton Fair Buka Tirai, Catat Ledakan Pembeli Luar Negara
- 29 Ribu Syarikat Pempamer Berhimpun di 'Canton Fair' Ke-135