- Lain-lain
CICPE 2025: Pelabur Asing Beri Isyarat Keyakinan
Sebuah robot yang dibangunkan oleh Unitree Robotics sedang berjabat tangan dengan pempamer di Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China ke-5 di Provinsi Hainan, selatan China pada 14 April 2025. (Su Bikun/People’s Daily Online)
Lebih daripada 1,700 syarikat dan 4,100 jenama daripada lebih 70 negara dan wilayah telah berhimpun di Provinsi Hainan di selatan China sempena berlangsungnya Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa (CICPE) edisi kelima baru-baru ini.
Angka tersebut secara tidak langsung mencerminkan keyakinan komuniti antarabangsa yang semakin meningkat terhadap pembangunan China.
Ekspo enam hari yang melabuhkan tirainya pada 18 April lalu itu berlangsung di sebalik suasana ekonomi global berada dalam ketidaktentuan.
Namun, bagi banyak syarikat multinasional, mereka berpendapat bahawa faktor kestabilan, ketelusan dan dasar yang boleh dijangka serta pasaran penggunanya yang luas itu telah menawarkan kestabilan dan peluang untuk mengasah daya saing masing-masing dan persaingan global.
Usaha berterusan China untuk memperdalam pembukaan dan berkongsi peluang pembangunan bersama-sama dengan dunia kekal menjadi faktor utama di sebalik kejayaan ekspo itu pada tahun ini.
Pembukaan ke dunia luar adalah dasar kebangsaan teras untuk China. Negara Tembok Besar itu telah memajukan pembukaan bertaraf tinggi, mengembangkan keinstitusian pembukaan dengan stabil menerusi pelaksanaan undang-undang, syarat-syarat, pengurusan dan piawaian yang berkaitan, serta terus menstabilkan pelaburan asing untuk mendorong keyakinan pelabur asing dalam pasaran China.
Sebagai tuan rumah kepada CICPE, Hainan sedang menggandakan usaha untuk menjadi pelabuhan perdagangan bebas, iaitu satu bukti kepada pembukaan China yang tidak goyah. Setelah berlanjutan selama lima tahun, ekspo itu kini telah berevolusi menjadi satu platform penting buat syarikat-syarikat global untuk mendekati pasaran China dan juga bagi jenama China untuk menerokai pasaran luar.
Seorang wanita membeli produk dari Malaysia di Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China ke-5 di Provinsi Hainan, selatan China pada 13 April 2025. (Zhang Mao/People’s Daily Online)
Xie Yi, naib pengerusi kanan Syarikat Charoen Pokphand Group dari Thailand berkata bahawa meskipun terdapat unsur ketidaktentuan global, China terus bersama-sama dengan dunia untuk kerjasama terbuka.
Menurut beliau, pihaknya bercadang untuk melebarkan sayap capaian produk berkualiti tinggi China di serata Asia Tenggara dan dunia, sambil memperkenal lebih banyak produk global ke pasaran China yang luas untuk memanfaatkan peluang daripada pembukaan China yang berterusan.
Selari dengan berlangsungnya ekspo itu, turut dilancarkan adalah kempen “Beli-belah di China”, yang merupakan usaha untuk merangsang penggunaan domestik China, sekali gus menonjolkan kelebihan pasaran China yang besar.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, China telah meningkatkan usaha untuk mengembangkan permintaan domestik. Ia dilakukan menerusi galakan tukar beli barangan pengguna, mempromosi pembangunan penggunaan berkualiti tinggi dalam sektor perkhidmatan, serta melancarkan pelbagai aktiviti untuk mendorong penggunaan.
Pada masa sama, ia juga telah mempercepat usaha untuk membina bandar-bandar pusat penggunaan antarabangsa.
Kesemua ikhtiar tersebut telah membantu dalam menambah baik taraf kehidupan rakyat China sambil membuka peluang perniagaan baharu buat syarikat-syarikat global. Pada 2024, jumlah jualan runcit keseluruhan barangan pengguna direkodkan melebihi angka RMB48 trilion (AS$6.58 trilion), iaitu peningkatan 3.5 peratus dari tahun ke tahun. Dari tempoh 2021 ke 2024, China telah mengimport barangan pengguna bernilai RMB7.4 trilion.
Memanfaatkan pasaran yang besar tersebut, CICPE telah menjadi venue kunci untuk mempamerkan produk pengguna global yang premium dan memperlihatkan trend penggunaan yang berevolusi. Dengan profil antarabangsanya yang semakin mendapat perhatian, ekspo itu turut menyokong tindakan China ke arah paradigma pembangunan, iaitu mendorong pembangunan berkualiti tinggi secara domestik, sambil menyumbang kepada pemulihan ekonomi global.
Pada acara sisipan ekspo tersebut, Persidangan Promosi Pelaburan Perindustrian Global 2025 untuk Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan telah menunjukkan kemajuan Hainan dalam membina pelabuhan perdagangan bebas bertaraf dunia.
CICPE memperlihatkan tekad China untuk membina persekitaran perniagaan bertaraf dunia dan memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk perusahaan global.
Sedar tentang hakikat bahawa persekitaran perniagaan yang sihat adalah penting buat pertumbuhan, China mengambil langkah untuk memupuk persekitaran perniagaan bertaraf dunia yang berorientasikan pasaran, berdasarkan undang-undang, dan bertaraf antarabangsa, yang telah menjadi magnet kuat buat pelabur global.
China juga telah memperkuat perlindungan hak harta intelek dan menambah baik ranking persekitaran perniagaan globalnya daripada tangga ke-96 ke tangga 31. Ia sekali gus melindungi hak dan kepentingan yang sah bagi perusahaan asing di China, dan memastikan layanan bertaraf kebangsaan yang sama untuk perniagaan asing.
Pada masa sama, senarai negatifnya untuk pelaburan asing telah mengalami lapan pusingan pengurangan, iaitu daripada 190 item pada mulanya kepada 29 dalam senarai negatif kebangsaan, dan 27 dalam senarai zon perdagangan bebas perintis.
Foto bertarikh 14 April 2025 ini memaparkan pavilion Hainan di Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China ke-5. (Su Bikun/People’s Daily Online)
Dengan mengalihkan tumpuan daripada hanya ‘menjalankan perniagaan’ kepada ‘berjaya dalam perniagaan’, China sedang berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih subur untuk pelaburan dan pertumbuhan jangka panjang.
Bagi syarikat asing, mendakap China ibarat mendakap peluang, mempercayai pada China ibarat mempercayai hari esok yang lebih baik, dan melabur di China ibarat melabur untuk masa depan.
China akan terus menyokong syarikat pelaburan asing dan kekal sebagai destinasi yang kaya dengan peluang dan stabil untuk dana global. Dengan China yang memperdalam hubungan ekonomi dengan, ia sedang membina laluan berkongsi pertumbuhan dan manfaat bersama untuk tahun-tahun mendatang.
- Produk Teknologi Termaju, AI, Bersinar di CICPE ke-5
- Han Zheng Rasmikan CICPE ke-5 di Haikou
- ‘Ekonomi Wanita’ Buka Potensi Pasaran di Ekspo Pengguna
- “A Bite of CICPE”: Cuba Makanan dari Seluruh Dunia
- Banyak Anggota RCEP Sertai CICPE
- Di Sanxingdui pun, Main Mahjung Digemari?
- Produk Guochao Perlihat Budaya China di CICPE
- CICPE ke-4 Berlangsung di Hainan
- CICPE: Kerja Pasang Gerai Pameran Berjalan Teratur
- CICPE ke-4 Akan Diadakan di Hainan