- Lain-lain
Kaunti Shexian Galakkan Pemeliharaan Warisan, Pembaharuan Bandar
Seorang pelajar sedang meneliti satu hasil kerja ukiran kayu semasa kelas latihan amali di sebuah sekolah di Kaunti Shexian, Bandar Huangshan di Provinsi Anhui, timur China pada 27 November 2024. (Xinhua/Shi Yalei)
Terletak di persimpangan Gunung Huangshan dan Sungai Xin’an, Kaunti Shexian di Provinsi Anhui telah mewarisi inti pati kebudayaan dan seni bina gaya Hui.
Bandar Purba Huizhou, yang terletak di tengah-tengah Shexian, merupakan salah satu pekan purba yang dipelihara secara baik di China. Jaringan jambatan, lorong dan jalan purbanya dilengkapi dengan perumahan tradisional, kubur nenek moyang dan gerbang peringatan.
Pada tahun-tahun mutakhir ini, Shexian telah mempromosi usaha pemeliharaan warisan dan pembaharuan bandar, sekali gus menarik sejumlah besar pelancong untuk merasai pengalaman harmoni antara alam semula jadi dan budaya, iaitu elemen yang dikatakan sebagai definisi kepada pekan bersejarah itu.
Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron pada 16 Februari 2025 ini memaparkan pemandangan bunga plum di kampung Maihuayu di Kaunti Shexian, Bandar Huangshan, Provinsi Anhui di timur China. (Xinhua/Fan Chengzhu)
Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron pada 24 Mac 2025 ini memaparkan pemandangan di kampung Fengchi di Kaunti Shexian, Bandar Huangshan, Provinsi Anhui di timur China. (Xinhua/Zhang Duan)
Seorang artis sedang menghasilkan tanglung berbentuk ikan di pekan purba Huizhou di Kaunti Shexian, Bandar Huangshan, Provinsi Anhui di timur China pada 23 Mac 2025. (Xinhua/Zhang Duan)
Pengunjung menikmati bunga di kampung Shitan, Kaunti Shexian, Bandar Huangshan di Provinsi Anhui, timur China pada 26 Mac 2025. (Xinhua/Zhou Mu)
Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron pada 6 Mac 2025 ini memperlihatkan pelancong bersiar-siar di atas bot di Sungai Xin’an di Kaunti Shexian, Bandar Huangshan, Provinsi Anhui di timur China. (Xinhua/Shi Yalei)
Foto sudut udara yang diambil menggunakan dron pada 22 Mac 2025 ini memaparkan pemandangan Kawasan Pemandangan Sungai Xin’an di Kaunti Shexian, Bandar Huangshan, Provinsi Anhui di timur China. (Xinhua/Shi Yalei)
Pelakon sedang membuat persembahan di pekan purba Huizhou di Kaunti Shexian, Bandar Huangshan, Provinsi Anhui di timur China pada 10 Januari 2024. (Xinhua/Du Yu)
Pengunjung sedang menonton pertunjukkan langsung yang penuh asyik di pekan purba Huizhou, Bandar Huangshan, Provinsi Anhui, di timur China pada 23 Mac 2025. (Xinhua/Zhang Duan)
Foto sudut udara bertarikh 24 Mac 2025 ini memaparkan pengunjung sedang menikmati pertunjukkan tanglung berbentuk ikan di pekan purba Yuliang di Kaunti Shexian, Bandar Huangshan, Provinsi Anhui di timur China. (Xinhua/Zhang Duan)
- Tiga Lagi Elemen Kebudayaan China Disenaraikan Dalam Warisan Budaya Tidak Ketara
- Liu Guangyu, Artisan Warisi Teknik Pembinaan Kapal
- China, UNESCO Raikan Ulang Tahun Ke-30 Biasiswa "Tembok Besar"
- Beijing Raikan Pengiktirafan Paksi Tengah Sebagai Tapak Warisan Dunia
- Sesi ke-46 Jawatankuasa Warisan Dunia Dirasmikan
- Teh Liubao Menempa Nama di Peringkat Antarabangsa
- Persekutuan Perlindungan Warisan Kebudayaan Asia Ditubuhkan
- Beijing Siar Laporan Berhubung Paksi Tengah
- Rai ‘Teknik Penghasilan Teh’ Tersenarai Warisan Budaya Dunia
- Kemahiran Pembuatan Teh Tradisional China beserta Adat Resam Berkaitan, Warisan Budaya Tidak Ketara Dunia