Pemuda Uygur Dianugerahkan Teladan Perpaduan Kaum

(CRI)Rabu 23 April 2025

Di kota Jianli, provinsi Hubei ditengah China, terdapat seorang pemuda etnik Uygur yang menjual sate panggang. Kisah tentang beliau dua kali terjun ke Sungai Yangtze yang bergelora dalam 48 jam dan berjaya menyelamatkan tiga orang menjadi tular. 

Beliau bersemangat membuat kebajikan awam dan menggalakkan lebih 100 penduduk dari Xinjiang menjalankan perniagaan di Jianli. Pemuda itu bernama Yusupjiang Abibula. Beliau memperoleh hadiah individu teladan perpaduan dan kemajuan kaum kebangsaan pada tahun lalu.

Beliau menyediakan sate panggang secara percuma kepada pekerja sanitasi, menyelamatkan orang dari sungai, menggalakkan rakan-rakan sekampung membuka perniagaan di provinsi Hubei, mempromosi hasil pertanian yang unik seperti kurma dan walnut dari kampung halamannya. 

Langkah-langkah beliau memaparkan rasa persaudaraan antara pelbagai kaum yang merupakan ikatan kuat bagi bangsa China sebagai satu keluarga. Semangat hidup bersama secara harmoni, saling menyayangi dan tolong-menolong tetap merupakan inti pati bagi hubungna antara pelbagai etnik di China.

Video

Berita Berkaitan