- Lain-lain
China Setuju Bincang dengan AS tentang "Perang Tarif"
Naib Perdana Menteri China He Lifeng sebagai pemanggil pihak China dalam hal ehwal ekonomi dan perdagangan dengan Amerika Syrikat (AS), akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dalam rangka lawatannya ke Switzerland dari 9 hingga 12 Mei.
Demikian diwartakan lagi jurucakap Kementerian Perdagangan China pada hari ini, susulan pengumuman terbabit yang dikeluarkan Kementerian Luar.
"Baru-baru ini, pucuk pimpinan AS bertalu-talu memberi isyarat tentang pihaknya mahu mengubahsuaikan langkah tarif serta menyampaikan mesej kepada China melalui pelbagai saluran dengan harapan untuk mengadakan perbincangan dengan China mengenai isu-isu yang meliputi tarif.
"Setelah mengadakan penilaian dengan teliti terhadap mesej dari pihak AS, membuat pertimbangan penuh terhadap harapan masyarakat antarabangsa dan kepentingan China, serta suara dari sektor korporat dan kalangan pengguna AS, China setuju dan memutuskan untuk memulakan komunikasi dengan pihak AS," kata jurucakap itu.
"China konsisten dalam melindungi kepentingan pembangunan negara sendiri, menegakkan keadilan dan kesaksamaan antarabangsa serta memelihara orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa, baik ketika menghadapi 'perang tarif' mahupun berada dalam rundingan.
"Pihak China akan lawan pihak yang memprovokasi habis-habisan, dan juga bersikap terbuka kepada kemungkinan berunding. Sebarang dialog dan rundingan mesti dijalankan atas prasyarat saling menghormati, sama rata dan bagi tujuan sama untung," tambah beliau.
China mustahil mengorbankan prinsip asas, keadilan dan kesaksamaan antarabangsan untuk mencapai apa-apa pun perjanjian dengan AS, dan juga bersedia menghadapi kemungkinan AS cakap kosong bahkan beralasan rundingan terus mengugut dan memeras.
- Sistem Dagangan Terbuka, Langkah Tepat Tangani Amalan Perlindungan
- Trump Umum Tarif 100 Peratus Terhadap Filem Import
- Perang Tarif: AS Ingin Berunding, China sedang Buat Penilaian
- China Seru Bela Mekanisme Perdagangan Multilateral
- Sekeping gambar, seribu kata | Tak eloklah kalau tak balas
- AS Angkat Batu, Hempap Kaki Sendiri
- Kemakmuran Yang Perlu, Bukan Kemelesetan
- Harus Bekerjasama, Bukannya Berpecah Belah
- Berkompromi dan Berdiam Diri akan Jadikan Pembuli Lebih Tamak - Wang Yi
- Dunia Ini Perlukan Kesaksamaan, Bukannya Hegemoni