China Aktif Gerakkan Proses Kemasukan dalam CPTPP

(CRI)Jumaat 09 Mei 2025

China akan terus memperluas keterbukaan secara keinstitusian dan bergiat aktif dalam menggerakkan proses penyertaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Jurucakap Kementerian Perdagangan He Yadong berkata sejak membuat permohonan kemasukan ke dalam CPTPP pada September 2021, China telah menjalankan analisis dan penilaian mendalam terhadap kandungan perjanjian itu serta mengadakan komunikasi di pelbagai peringkat dengan semua anggota menerusi pelbagai saluran.

Pada masa sama, China turut melaksanakan program perintis di zon perdagangan bebas dan pelabuhan dagangan bebas.

Menurut He, tindakan berkenaan mempamerkan keazaman dan kemampuan China untuk memenuhi piawaian tinggi perjanjian CPTPP.

Video

Berita Berkaitan