China, Singapura Adakan Latihan Tentera Laut Bersama

(CRI)Khamis 15 Mei 2025

China dan Singapura mengadakan latihan ketenteraan bersama "Exercise Maritime Cooperation 2025" di perairan sekitar Singapura dari 9 hingga 16 Mei ini.

Menurut rancangan latihan, kapal angkatan laut kedua-dua negara akan berlepas dari Pangkalan Tentera Laut Changi pada Rabu, menuju ke kawasan latihan yang ditetapkan untuk latihan operasi hidup (live-action) selama dua hari.

Subjek latihan tersebut termasuk melepasi zon ancaman periuk api air, latihan penembakan ke atas sasaran di laut, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama dan sebagainya.

Sejak latihan ketenteraan kali ini dilancarkan pada 9 Mei, kedua-dua pihak mempertahankan prinsip pragmatik dan berefisien tinggi, mengadakan tiga kali mesyuarat untuk mengoptimumkan rancangan. Latihan kali ini memperlihatkan tanggungjawab yang digalas oleh kedua-dua pihak demi mempertahankan keselamatan laut.

Video

Berita Berkaitan