- Lain-lain
Rel China Catat Rekod Dengan 1.46 Bilion Perjalanan Dalam 4 Bulan
(foto/VCG)
Sektor kereta api China telah mencatat rekod baharu selepas mengendalikan 1.46 bilion perjalanan penumpang dalam tempoh empat bulan pertama 2025, naik 5.9 peratus tahun ke tahun menurut data yang diumumkan pada Khamis.
Maklum China Railway, secara puratanya, sebanyak 11,224 tren penumpang dikendalikan setiap hari dalam masa tersebut.
Bagi memenuhi permintaan pasaran berhubung lawatan ke tempat-tempat dan konsep kesihatan berasaskan persekitaran atau eco-wellness, China Railway telah merancang laluan perjalanan dengan teliti ke destinasi-destinasi yang sesuai, yang turut membantu merangsang perkembangan pelancongan dan ‘ekonomi perak’.
Dari Januari hingga April, pengendali rel nasional itu telah mengangkut sekitar 5.69 juta pelancong asing. Angka ini melonjak 32.1 peratus tahun ke tahun.
- Prototaip CR450, HSR Paling Laju China Buat Kemunculan Sulung di Beijing
- Operasi Harian Tren Buatan China di Lagos, Nigeria
- Genap Setahun HSR Jakarta-Bandung Beroperasi
- Kereta Api dari Beijing, Shanghai ke HK Dinaik Taraf
- Operasi HSR Jakarta-Bandung Genap Separuh Tahun, Jumlah Penumpang Meningkat ke 2.56 Juta
- Kereta Api China Catat 1 Bilion Pengguna Suku Pertama 2024
- HSR Jakarta-Bandung Hantar Lebih 2 Juta Penumpang
- Anwar Setuju Hidupkan Semula Projek HSR KL-Singapura
- Jumlah Penumpang HSR Jakarta-Bandung Kini Lebih 700,000
- Sichuan Pakai HSR dengan Fungsi Cair Salji