Ekonomi China Catat Prestasi Baik - NBS

(CRI)Isnin 19 Mei 2025

Bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini, jumlah pelaburan dalam aset tetap di China merekodkan RMB14.7 trilion yuan (RM8.78 trilion), meningkat 4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Manakala, purata kadar pengangguran berdaftar berada pada paras 5.2 peratus, kekal pada kadar yang sama seperti tahun lepas.

Demikian diumumkan Biro Statistik Kebangsaan China (NBS) pada Isnin.

Secara keseluruhannya, meskipun impak luar terhadap ekonomi China meningkat pada April, namun beberapa indeks utama masih meningkat dengan stabil dan pesat, manakala ekonomi nasional juga mengekalkan momentum pertumbuhan mantap.

Video

Berita Berkaitan