- Lain-lain
Persekitaran Pembangunan PKS di China Terus Dioptimum
Usaha China membina pasaran domestik yang bersatu semakin menampakkan hasil apabila persekitaran pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terus dioptimumkan secara keseluruhan.
Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana China (CASME) melaksanakan penilaian ke atas 50 bandar terpilih berdasarkan beberapa petunjuk utama seperti persekitaran pasaran, pembiayaan, inovasi, dasar dan lain-lain.
Laporan disiarkan persatuan itu pada Isnin menyebut, jurang antara bandar dari segi persekitaran pasaran semakin mengecil dan halangan kepada akses pasaran turut dihapuskan.
Menurut laporan itu, pendapatan PKS di bandar-bandar yang ditinjau adalah kekal stabil pada keseluruhannya.
Penilaian terbaharu CASME turut melibatkan perusahaan yang berfokus kepada pengkhususan, penambahbaikan, pembezaan dan inovasi (Specialized, Refinement, Differential, Innovation - SRDI).
Lebih 60 peratus daripada perusahaan SRDI terbabit telah merancang projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang bersifat inovatif dalam tempoh setahun akan datang, manakala lebih 40 peratus menyusun rancangan pelaburan baharu.
Pengarah Bahagian Penyelidikan Dasar CASME, Jin Tieying berkata laporan itu menunjukkan peningkatan ketara peruntukan PKS dalam inovasi teknologi, selain pengaplikasian hasil R&D juga semakin meluas.
- Indeks Pembangunan PKS Catat Paras Tertinggi Pada Februari
- Indeks Pembangunan PKS China Catat Kenaikan
- Lebih 90 Peratus Syarikat Asing Berpuas Hati Dengan Persekitaran Perniagaan di China
- Syarikat 500 Teratas China Pamer Pertumbuhan Stabil
- PKS Sumbang Kepada Pertumbuhan Ekonomi Hebei
- PKS Catat Momentum Pemulihan Kukuh
- Tonjolkan Peranan Perusahaan Baharu yang Berspesifikasi Tinggi dan Khas
- Indeks Pembangunan PKS China Catat Peningkatan
- Indeks Pembangunan PKS China Meningkat 1.1 Mata
- Indeks Pembangunan PKS China Naik Tiga Bulan Berturut-turut