- Lain-lain
7,046 Muzium Terdaftar di China, 91.46% Percuma
![]() |
Hari ini Hari Muzium Antarabangsa ke-49 yang bertemakan 'Masa Depan Institusi Muzium dalam Arus Perubahan Sosial Pantas', dengan Beijing terpilih sebagai Bandar Utama semasa sambutan dalam senario global.
Data terkini yang diumumkan Jabatan Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan China menunjukkan bahawa purata sebuah muzium baharu dibuka pada masa tidak sampai dua hari sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Setakat penghujung 2024, jumlah institusi muzium yang terdaftar telah mencapai 7,046 unit, yang menambah sebanyak 213 unit berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian ini bermaksud bahawa purata satu muzium bagi setiap 200,000 orang penduduk. Selain itu, 91.46% daripadanya menawarkan kemasukan percuma kepada orang awam.
Tahun 2024 menyaksikan satu lonjakan besar dalam penganjuran aktiviti muzium di China, terbukti dengan berlangsungnya 43,000 pameran dan 511,000 program pendidikan yang berjaya menarik 1.49 bilion kunjungan. Fenomena 'keghairahan muzium' kekal dinamik di sebalik penganjuran pameran yang berprestij, program pembelajaran praktikal, serta inovasi kebudayaan kreatif dalam bilangan besar, yang dilihat sangat membantu merancakkan landskap perkhidmatan dan pembekalan produk dalam bidang kebudayaan di peringkat kebangsaan.
![]() |
![]() |
- Muzium China Hasilkan Produk Kreatif, Tarik Pengunjung Muda
- Muzium Makam Bawah Tanah Jalan Sutera Purba Dibuka di Xinjiang
- Muzium China Permudah Akses Untuk Pelawat Pada Musim Panas
- Muzium China Terima 1.29 Bilion Pelawat pada 2023
- Pusat Kebudayaan dan Seni Baharu Dibuka di Kawasan Teluk Besar
- Teroka Tinggalan Dinasti Shang di Muzium Yinxu
- Tiga Binaan Budaya di Beijing Dibuka kepada Awam
- Teknologi Tawar Pengalaman Mengasyikkan di Muzium di Tianjin
- Muzium di Xi’an Tumpuan Minat Ramai
- Kunjung Muzim, Trend Kalangan Pemuda China