Artifak "Manuskrip Sutera Zidanku" Dikembalikan kepada China dari AS

(CRI)Isnin 19 Mei 2025

The Smithsonian's National Museum of Asian Art Amerika Syarikat (AS) mengembalikan artifak "Manuskrip Sutera Zidanku" jilid kedua dan ketiga kepada wakil Jabatan Pentadbiran Warisan Budaya Kebangsaan China di Kedutaan Besar China di AS pada Jumaat.

"Manuskrip Sutera Zidanku" yang terdiri daripada tiga jilid melibatkan lebih 900 perkataan itu amat penting dan bernilai tinggi dalam mengkaji dan menyelidik tulisan kuno, dokumen kuno, sejarah akademik dan sejarah fahaman China.

Jilid kedua yang bertajuk "Wuxing Ling" dan jilid ketiga "Gongshou Zhan" masing-masing berkaitan dengan pantang larang dalam tempoh empat musim dan 12 bulan serta pantang larang semasa bertindak menakluk atau mempertahankan suatu kota.

Untuk rekod, "Manuskrip Sutera Zidanku" yang ditemui China dalam tapak perkuburan di kawasan Zidanku bandar Changsha pada tahun 1942 merupakan satu-satunya manuskrip sutera yang dihasilkan pada zaman Negeri-Negeri Berperang (tahun 475-221 Sebelum Masihi) yang sudah mendapat pengiktirafan, dan pernah dibawa ke AS secara haram pada tahun 1946.

Video

Berita Berkaitan