China Sedia Tingkatkan Hubungan dengan Korea Selatan

(CRI)Khamis 05 Jun 2025

China bersedia berganding bahu dengan Korea Selatan untuk memajukan hubungan perkongsian strategik China-Korea Selatan ke depan supaya memberikan limpahan manfaat yang lebih besar kepada rakyat kedua-dua negara.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.

Beliau berkata, Presiden China, Xi Jinping telah menghantar perutusan tahniah kepada Lee Jae-myung atas pelantikan beliau sebagai Presiden Korea Selatan ke-21.

"China dan Korea Selatan adalah jiran dan rakan kongsi yang penting, dan pihak China amat mementingkan hubungan dengan Korea Selatan.

"Kedua-dua negara harus mengangkat misi asal semasa jalinan hubungan diplomatik, mengukuhkan persahabatan kejiranan dan berusaha mencapai situasi menang-menang," ujar Lin.

Video

Berita Berkaitan