Penternakan Udang Krai-Teratai Perkaya Petani di Hunan

Di pekan Qiaokou, daerah Wangcheng di Changsha, Provinsi Hunan, tengah China, bunga teratai berkembang mekar di kolam teratai yang besar. Di bawah dedaun teratai itu, terdapatnya udang krai. Terletak di sepanjang Sungai Xiangjiang dan berdekatan dengan Tasik Dongting, pekan Qiaokou menikmati sumber air yang kaya.

Cui Song, pengarah Institut Penyelidikan Udang Krai Wenheyou, merupakan pakar akuakultur dengan pengalaman selama bertahun-tahun dalam penyelidikan dan pembenihan akuatik. Beliau berkata, kitaran pertumbuhan udang krai yang dipupuk di kolam teratai sangat sejajar dengan tumbuhan teratai.

Pada 2019, pekan Qiaokou bekerjasama dengan Syarikat Udang Krai Wenheyou Huna untuk menubuhkan pangkalan demonstrasi yang seluas lebih daripada 1,000 mu (sekitar 66.67 hektar) dan melancarkan Institut Penyelidikan Industri Udang Krai Wenheyou. Pada September tahun itu, Cui dan pasukannya tiba di Qiaokou dan memulakan pembangunan teknik penternakan udang krai.

Pemandangan sudut udara pangkalan penternakan udang krai-teratai di pekan Qiaokou, daerah Wangcheng, Changsha, di Provinsi Hunan, tengah China. (Foto ihsan Jabatan Publisiti Jawatankuasa Parti Komunis China Daerah Wangcheng

“Berdasarkan keadaan semula jadi yang memihak kepada Qiaokou, kami telah membangunkan model pertanian baharu yang bukan sahaja menambah baik rasa udang krai, tetapi turut mendorong pendapatan penduduk kampung,” ujar Cui.

Model penternakan tersebut menyelarikan pemupukan udang krai dengan kitaran pertumbuhan teratai.

Pada musim bunga, udang krai akan menetas, dengan penternakan pertama berlaku sebelum bunga teratai bertunas. Pada musim panas, dengan bunga teratai yang mekar berkembangan sepenuhnya, terdapatnya juga kumpulan kedua udang krai di dalam kolam teratai. Selepas teratai layu pada musim luruh, mendapan kolam tertai yang kaya dengan nutrien telah membantu dalam menyuburkan tuaian akhir.

Di sebalik pertanian udang krai, penduduk kampung juga memanfaatkan sepenuhnya benih, daun dan hasil sampingan teratai yang lain untuk memaksimumkan penggunaan sumber.

Foto memperlihatkan udang krai yang diternak pada luar musim di sebuah pangkalan penternakan ekologi di pekan Qiaokou, daerah Wangcheng, Changsha, Provinsi Hunan, di tengah China. (People’s Daily Online/Wu Xiwei)

Penduduk kampung juga menggunakan kolam teratai yang berlainan untuk membesarkan anak udang krai dan untuk membesarkan udang krai sehingga mencapai saiz pasaran. Pemisahan tersebut telah menambah baik dari segi kualiti dan hasil.

Foto memaparkan pemandangan kolam teratai di pekan Qiaokou, daerah Wangcheng, Changsha, Provinsi Hunan di tengah China. (People’s Daily Online/Wu Xiwei)

Foto memaparkan pemandangan kolam teratai di pekan Qiaokou, daerah Wangcheng, Changsha, Provinsi Hunan di tengah China. (People’s Daily Online/Wu Xiwei)

Dari 2020 hingga 2024, hasil udang krai untuk setiap mu di kolam teratai itu bertumbuh daripada 50 kilogram kepada 225 kilogram di pekan itu.

Menurut Liu Shuai, ketua Parti Qiaokou, pekan itu mempunyai 12,200 mu kolam teratai yang didedikasi khas untuk pemupukan teratai-udang krai, dengan pengeluaran udang krai tahunan mencapai 2,750 tan pada 2024, dan nilai output komprehensif melebihi RMB250 juta (sekitar AS$34.87 juta).

Video

Berita Berkaitan