- Lain-lain
Buah-buahan ASEAN Gerakkan Guangxi Terus Inovasi Kastam, Logistik
Jumlah durian yang diimport dari ASEAN melalui Pelabuhan Qinzhou tahun ini dilaporkan meningkat 50% berbanding tahun lepas.
Demikian maklum Ning Yan, ketua Logistik Antarabangsa Huanyu Guangxi, yang teruja melihat perkembangan tersebut. Syarikatnya khusus mengendalikan logistik pengimportan buah-buahan ASEAN, dengan keutamaan diberikan kepada buah durian.
Buah-buahan segar memerlukan pengangkutan pantas, dan tahun ini Pelabuhan Qinzhou mula melaksanakan pemeriksaan dan pelepasan 24 jam, menjadi yang paling efisien di seluruh China dalam pelepasan kastam buah-buahan import.
Tahun ini, sebuah syarikat pengeluar durian Thailand telah mengeksport buah durian bernilai lebih 20 juta yuan melalui Pelabuhan Qinzhou.
“Asalkan laluannya sesuai, Pelabuhan Qinzhou menjadi pilihan,” ujar Ning Yan, yang merasakan reputasi ini lebih berharga daripada statistik pertumbuhan.
Kastam sedang memeriksa kargo. (People's Daily Online/Liang Zhanghui)
Pelabuhan Qinzhou merupakan pintu penting ke ASEAN bagi keterbukaan dan pembangunan Guangxi, juga nod mustahak di Koridor Darat-Laut Barat Baharu. Pada 2017, ia ditetapkan sebagai pelabuhan khusus untuk buah-buahan import, dan memilih syarikat Huanyu yang begitu berpengalaman untuk bersama-sama memajukan pengangkutan buah-buahan ASEAN.
Menurut Ning Yan, transformasi dalam pasaran pengguna domestik telah memberi syarikatnya keyakinan untuk juga melakukan transformasi.
Kini, konsep “dihasilkan di ASEAN, diedarkan di Guangxi, dan laris dijual di China” telah menjadi realiti. Setakat 2024, Guangxi mengimport 2.488 juta tan buah-buahan ASEAN yang bernilai 34.89 bilion yuan, iaitu lebih sepertiga jumlah seluruh negara. Daripada dulunya hanya kosong, Pelabuhan Qinzhou kini sebuah saluran maritim keemasan.
Pada masa ini, terdapat 9 lorong ekspres buah-buahan meliputi pelabuhan-pelabuhan utama di kawasan pengeluaran teras seperti Thailand, Vietnam, Kemboja, Malaysia dan Indonesia. Masa penghantaran sepantas tiga hari.
Setakat 2024, Pelabuhan Qinzhou menambah lagi 239 jenis kargo import dan eksport, dengan lebih 200 juta tan kargo dikendalikan serta lebih 10,000 tren antara mod laut-darat beroperasi.
Buah-buahan ASEAN memasuki pasaran di Guangxi dalam jumlah besar. (People's Daily Online/Fu Huazhou)
Zuo Kongtian, anggota Jawatankuasa Kerja Parti merangkap Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pelabuhan Qinzhou di Zon Rintis Perdagangan Bebas (Guangxi) China, berkata bahawa pelabuhan itu akan terus menginovasikan perkhidmatan pelepasan kastam berdasarkan perkembangan Koridor Darat-Laut Barat Baharu. Sasaran pihaknya adalah untuk membina sebuah saluran perdagangan dan logistik dengan ASEAN yang menawarkan masa paling singkat, khidmat paling baik dan harga paling kompetitif.
“Selepas ini, kami akan memfokuskan penambahbaikan secara strategik kepada Zon Rintis Perdagangan Bebas Guangxi dan juga inisiatif ‘Dua Negara, Dua Taman’ China-Malaysia, di samping terus mendorong keterbukaan bertaraf tinggi serta pembangunan berkualiti tinggi di kawasan Pelabuhan Qinzhou,” jelasnya.
Pelabuhan Qinzhou sibuk mengendalikan kargo dalam bilangan besar. (People's Daily Online/Liang Zhanghui)
Tales of Cities | Bunga Api, Ketukangan, Transformasi Pintar Tianjin
Dua Dekad "Hijau itu Emas": Kampung Aojiao Bukti Laut Biru Bawa Kemakmuran
Keindahan Musim: Berakhirnya Musim Panas
Festival Budaya Indonesia Diadakan di Beijing
Fahami Peradaban China dengan Presiden Xi: Saya Teringin Untuk Pergi ke Dunhuang Lagi
- Guangxi Bina Hab Inovasi, Kerjasama AI Berorientasikan ASEAN
- China, ASEAN Bersama Ikhtiarkan Pemiawaian AI
- AI Lonjak Inovasi Industri Tradisional di Nanning, Guangxi
- AI Suluh Haluan E-dagang China-ASEAN
- Terminal Kontena Automatik di Guangxi Mantapkan Dagangan China-ASEAN
- Guangxi Pertingkat Infrastruktur, Mahu Pacu Usaha Bina Gerbang Data ASEAN
- “AI for All: China-ASEAN” Serlah Bakat Muda
- Pertandingan Inovasi, Keusahawanan Labuh Tirai
- Pertandingan AI+Pelancongan Budaya China-ASEAN di Shanghai, Beijing
- Pertandingan Inovasi Pertanian Pintar dilancarkan di Guangxi