- Lain-lain
Xi Jinping Terima Kunjungan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua di Dewan Besar Rakyat Beijing pada pagi Jumaat.
Xi menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara China dan Thailand, dan juga "Jubli Emas Persahabatan China-Thailand".
Menurut beliau, China bersedia memperkukuh penyelarasan strategi dengan Thailand, mempromosikan pelaksanaan projek kerjasama utama antara kedua-dua negara seperti kereta api China-Thailand, dan memperluas pengimportan produk pertanian berkualiti dari Thailand.

Di samping itu, Xi juga menzahirkan kesediaan China untuk memperkasakan kerjasama dengan Thailand dalam sektor-sektor baharu seperti kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, aeroangkasa dan sebagainya, supaya memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara.
Raja Maha Vajiralongkorn menyatakan bahawa Thailand dan China mempunyai hubungan yang akrab dan mesra, pertukaran dan komunikasi antara rakyat semakin ditingkatkan, manakala kerjasama yang saling menguntungkan kian diperluas dan diperkasakan.
Baginda berkata Thailand bersedia untuk belajar daripada pengalaman pembangunan China, memperluas kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang, dan meningkatkan pertukaran kebudayaan, demi mengukuhkan persahabatan kedua-dua negara.
- Xi Bertemu PM Thailand di Gyeongju
- Xi Ucap Takziah kepada Raja Thailand atas Kemangkatan Ratu Sirikit
- Armada Tentera Laut China ke-83 Akhiri Lawatan di Thailand
- Armada Kapal Tentera Laut China Lawat Thailand
- Kerjasama Thailand-China Kukuh: PM Thai
- China Ucapkan Tahniah kepada PM Baharu Thailand, Anutin Charnvirakul
- China, Thailand Bersedia Kembangkan Hubungan Bilateral
- Eksklusif: PM Thailand Sifatkan Hubungan China-Thailand Terus Berkembang Stabil, Mampan
- Dorong Hubungan dengan China Menuju ke "50 Tahun Keemasan" - PM Thailand
- China, Thailand Komited Banteras Jenayah Rentas Sempadan




