Mesyuarat Tidak Rasmi Pegawai Kanan APEC Berlangsung di Shenzhen

(CRI)Sabtu 13 Disember 2025

Mesyuarat Tidak Rasmi Pegawai Kanan APEC (ISOM) berlangsung di bandar Shenzhen, provinsi Guangdong pada 11 hingga 12 Disember.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) Guo Jiakun dalam sidang media pada Jumaat berkata mesyuarat itu telah mencapai hasil yang positif, sekali gus membuka tirai 'Tahun China' APEC 2026.

Menurut beliau, China menjadi tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang dijadual berlangsung di Shenzhen pada 18 hingga 19 November 2026.

Siri acara sampingan akan turut diadakan, antaranya termasuk Sidang Kemuncak CEO APEC serta mesyuarat menteri luar dan perdagangan.

Video

Berita Berkaitan