Menteri Luar China, UAE Bertemu di Abu Dhabi

(CRI)Ahad 14 Disember 2025

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi pada Jumaat.

Wang berkata China dan UAE perlu terus menggerakkan usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperkasa kolaborasi dalam bidang tradisional seperti pelaburan, minyak dan gas serta infrastruktur, sambil meneroka kerjasama dalam bidang memuncul seperti tenaga baharu dan inovasi teknologi.

Kedua-dua negara juga hendaklah mengukuhkan kerjasama melibatkan sektor pelancongan, institusi pengajian tinggi, belia, penerbangan awam, kumpulan pemikir dan lain-lain.

Wang turut menzahirkan kesediaan China untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan UAE di platform pelbagai hala antaranya termasuk BRICS, Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sementara itu, Sheikh Abdullah menyatakan bahawa UAE sudi merapatkan pertukaran peringkat tinggi dengan China, memperluas kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, tenaga, sains dan teknologi serta pendidikan, di samping bersama-sama meneroka pasaran pihak ketiga dan menggalakkan pertukaran sosiobudaya.

Kata beliau, UAE juga bersedia terus memainkan peranan positif untuk memperdalam hubungan antara negara-negara Arab dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dengan China, serta mendorong rundingan perjanjian perdagangan bebas China-GCC diselesaikan seawal mungkin.

Video

Berita Berkaitan