- Lain-lain
Sidang Kerja Ekonomi Pusat Gariskan Hala Tuju Pembangunan Ekonomi 2026

Sidang Kerja Ekonomi Pusat China yang diadakan di Beijing baru-baru ini telah menggariskan hala tuju pembangunan ekonomi China bagi tahun 2026 sebagai "meneroka pertumbuhan di samping mengekalkan kestabilan, meningkatkan kualiti dan keefisienan ekonomi".

Menurut sidang tersebut, usaha akan diperkasakan untuk mempertingkatkan pasaran domestik, mempercepat pemupukan daya penggerak baharu, serta meneroka keuntungan bersama dalam pelbagai sektor.
Menurut sidang itu, negara Tembok Besar ini harus membina pasaran domestik yang kuat, di samping meluaskan permintaan dalam negeri dalam semua aspek.
Selain itu, negara akan mempercepat pemupukan daya penggerak baharu, meneruskan usaha meningkatkan tahap keterbukaan bertaraf tinggi. Ini dipercayai akan menyediakan peluang baharu kepada kerjasama China dengan negara luar dalam pelbagai bidang.

Selain itu, tumpuan juga akan diberikan kepada kesejahteraan rakyat, di samping menggalakkan integrasi antara bandar dengan luar bandar serta pembangunan terselaras antara wilayah.
Pada masa sama, negara ini akan secara proaktif mempromosikan transformasi hijau secara menyeluruh.
- Gerak Kerja Ekonomi China 2026 Mampan dan Agresif, Diterajui Permintaan Domestik
- Bank Dunia Naikkan Unjuran terhadap Pertumbuhan Ekonomi China 2025
- Goldman Sachs Jangka Pertumbuhan Ekonomi China Lebih Pesat pada 2026
- PM China Adakan Dialog "1+10" dengan Penanggungjawab Pertubuhan Ekonomi Antarabangsa
- Pucuk Pimpinan China Meneliti Gerak Kerja Ekonomi bagi Tahun 2026
- Buah Delima Pacu Pertumbuhan Ekonomi, Seni di Zaozhuang
- Gen Z Manfaatkan Pesta Beli-Belah 11.11 Dengan Produk Pelancongan
- Model Perniagaan Tanpa Manusia Penuhi Keperluan Pengguna
- Dari Gerai Tepi Jalan, Kini Bandar Perdagangan Linyi Jadi Hab Beli-belah Antarabangsa
- Ekonomi China Terus Berkembang Kukuh




