Industri Teras AI China Dijangka Bernilai RMB1.2 Trilion Pada 2025

(CRI)Isnin 15 Disember 2025

Industri teras kecerdasan buatan (AI) China menyaksikan peningkatan 24 peratus tahun ke tahun, dengan menokok RMB900 bilion (RM521.88 bilion) pada tahun 2024, dan seterusnya dijangka melebihi RMB1.2 trilion (RM696 bilion) pada tahun 2025, menurut data Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi China baru-baru ini.

Data juga menunjukkan, industri AI di negara ini meningkat dengan pesat susulan penggunaan model besar dalam proses pengeluaran yang meningkat kepada 25.9 peratus pada tahun ini daripada 19.9 peratus pada tahun lepas.

Video

Berita Berkaitan