Penggunaan Elektrik China 2025 Dijangka Melebihi 10 Trilion Kilowatt Jam

(CRI)Selasa 16 Disember 2025

Penggunaan elektrik seluruh masyarakat di China dijangka melebihi 10 trilion kilowatt jam berikutan bekalan kuasa elektrik yang selamat dan stabil sepanjang tahun ini, menurut kongres kebangsaan sektor sumber tenaga China pada Isnin.

Data terkini yang dikeluarkan Jabatan Tenaga Negara China menunjukkan angka itu merupakan kira-kira dua kali ganda berbanding tempoh sedekad yang lalu dan lebih tinggi daripada jumlah keseluruhan penggunaan elektrik seluruh masyarakat di Kesatuan Eropah, Rusia, India dan Jepun.

Selain itu, kapasiti penjanaan kuasa elektrik di China juga akan melebihi 3.8 bilion kilowatt jam pada tahun 2025, meningkat 14 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Video

Berita Berkaitan