Jumlah Bekalan Elektrik yang Disalurkan Xinjiang Melebihi Satu Trilion KWH

(CRI)Selasa 16 Disember 2025

Jumlah bekalan elektrik yang disalurkan dari wilayah Xinjiang ke kawasan lain di seluruh negara China mencecah 1000.5 bilion kilowatt-jam (kWh) sehingga 15 Disember 2025, menurut statistik terkini State Grid Xinjiang Electric Power Co.

Antaranya, bekalan elektrik yang dijana dengan tenaga baharu merekodkan 296 bilion kWh, mewakili hampir sepertiga daripada jumlah keseluruhan tersebut.

Kini, Xinjiang mempunyai lima saluran bekalan tenaga elektrik dengan kapasiti penghantarannya mencapai 330 juta kilowatt, meliputi 22 provinsi, wilayah dan bandar di seluruh negara.

Video

Berita Berkaitan