- Lain-lain
Menteri Luar China, Venezuela Adakan Perbualan Telefon
China dan Venezuela adalah rakan strategik yang saling percaya dan menyokong.
China menentang segala bentuk tindakan buli secara unilateral, sementara menyokong usaha pelbagai negara untuk mempertahankan kedaulatan serta maruah bangsa, kata Menteri Luar China, Wang Yi dalam perbualan dengan rakan sejawatnya dari Venezuela, Yvan Gil menerusi panggilan telefon, pada Rabu.
Beliau menekankan bahawa Venezuela berhak untuk mengembangkan hubungan kerjasama saling menguntungkan dengan negara-negara lain secara bebas.
"China yakin masyarakat antarabangsa akan memahami dan memberikan sokongan teguh kepada pendirian Venezuela dalam mempertahankan hak dan kepentingan sahnya," kata Wang.
Yvan Gil pula telah memaklumkan situasi semasa di Venezuela. Beliau menegaskan bahawa kerajaan dan rakyat negara itu akan tegas mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara, melindungi hak dan kepentingan diri yang sah.
“Venezuela tidak akan tunduk kepada apa jua ancaman penindasan dan buli," tegas Gil.
- Utusan Khas Presiden Xi Hadiri Upacara Angkat Sumpah Presiden Baharu Venezuela
- Xi Ucap Tahniah kepada Maduro yang Terpilih Lagi sebagai Presiden Venezuela
- Xi, Maduro Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik China-Venezuela
- China, Venezuela Naiktaraf Hubungan kepada Perkongsian Strategik Sepanjang Masa




