Kereta Api China-Laos Beroperasi Tiga Tahun, Ketibaan Pengembara Lebih 800,000 Orang

(CRI)Ahad 12 April 2026

Setakat 12 April yang menandakan ulang tahun ketiga beroperasinya Kereta Api China-Laos, lebih 800,000 ketibaan pengembara rentas sempadan dari lebih 120 negara dan wilayah telah direkodkan melalui perkhidmatan sebanyak 3,190 perjalanan, yang dilihat sebagai satu penggerak besar dalam melancarkan mobiliti keanggotaan, kerjasama ekonomi dan perdagangan, serta pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.

Sementara itu, setakat 7 April sejak Kereta Api China-Laos mula beroperasi, import dan eksport kedua-dua negara melalui perkhidmatan itu telah melebihi RMB80 bilion (RM46.5 bilion), dengan kategori barangan meningkat dari lebih 500 jenis semasa permulaan operasi menjadi lebih 3,800 jenis pada masa sekarang.

Perkhidmatannya kepada sektor korporat membabitkan lebih 6,000 perusahaan di negara China, beserta yang sejauh di 19 negara dan wilayah termasuk Laos dan Thailand.

Video

Berita Berkaitan