Tinjauan Umum Jepun: Lebih Separuh Responden Bantah Pelonggaran Sekatan Eksport Senjata Berbahaya

(CRI)Isnin 18 Mei 2026

Menurut keputusan tinjauan umum terkini yang dikeluarkan media Jepun baru-baru ini, lebih separuh daripada responden membantah keputusan kerajaan Sanae Takaichi untuk melonggarkan sekatan eksport senjata pemusnah.

Hasil tinjauan yang dikeluarkan agensi berita Kyodo Jepun pada Sabtu menunjukkan sebanyak 57.2 peratus responden membantah pelonggaran sekatan eksport senjata pemusnah, manakala 37.1 peratus responden bersetuju.

Selain itu, tinjauan yang dijalankan Perbadanan Penyiaran Jepun (NHK) dari 8 hingga 10 Mei lalu menunjukkan 52 peratus responden menentang keputusan kerajaan Jepun membenarkan pengeksportan senjata pemusnah, manakala 35 peratus responden bersetuju.

Untuk rekod, pada 21 April lalu, kerajaan Jepun meluluskan resolusi kabinet yang pada dasarnya membenarkan eksport senjata siap termasuk senjata pemusnah.

Tindakan ini mencetuskan bantahan umum di negara tersebut.

Video

Berita Berkaitan