- Lain-lain
China Seru Tadbir Urus Kesihatan Global Lebih Adil dan Seimbang

Reformasi sistem tadbir urus kesihatan global perlu memberi lebih perhatian kepada suara dan keperluan negara membangun.
Demikian menurut Ketua Delegasi China ke Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-79, Lei Haichao ketika menyampaikan perbahasan umum pada Selasa.
Lei yang juga Pengarah Suruhanjaya Kesihatan Nasional berkata, reformasi tadbir urus kesihatan global mesti dipimpin oleh negara anggota dan bertujuan menggalakkan pembangunan kesihatan yang seimbang di seluruh dunia.
Beliau turut menyeru negara maju supaya memenuhi komitmen dan tanggungjawab mereka dalam meningkatkan pelaburan bagi pembangunan kesihatan global.
"Sejak 60 tahun yang lalu, China telah menghantar 31,000 anggota pasukan perubatan ke luar negara, merawat 300 juta pesakit, dan mencipta artemisinin untuk merawat malaria, menyumbang untuk memajukan kesaksamaan dan akses kepada kesihatan global.
"China dengan tegas menyokong peranan WHO dalam tadbir urus kesihatan global, dan bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk menjadikan sistem kesihatan global lebih adil, munasabah dan cekap," ujar Lei.
Beliau turut menyatakan kesediaan China untuk bekerjasama dengan negara anggota lain bagi memajukan rundingan lampiran berkaitan "Perjanjian Pandemik" dan membina komuniti kesihatan sejagat untuk manusia.
Dimaklumkan, Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-79 dirasmikan di Geneva, Switzerland pada Isnin, dengan tema "Membentuk Semula Kesihatan Global, Berkongsi Tanggungjawab Bersama."
- Zhang Guoqing Hadiri Forum Bandar Sedunia ke-13 di Azerbaijan
- China Maju dan Inovatif, Penstabil Landskap Keamanan Dunia - Media Pakistan
- Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China Disahut Baik
- Pemahaman Prestasi Tadbir Urus Ala China: Cetusan Idea Baharu kepada Tadbir Urus Global
- Persidangan Peringkat Tinggi ke-3 Forum Tindakan Global untuk Pembangunan Bersama Berlangsung di Beijing
- Keprihatinan Negara Membangun Diseru Ditimbangkan dalam Pembaharuan PBB
- China Seru Perbaiki Tadbir Urus dalam Bidang Hak Asasi Manusia Global
- China Atasi AS dalam Penarafan Kelulusan Kepimpinan Global: Gallup
- China Alu-alu Lebih Banyak Negara Sertai GFGG
- China Komited Tambah Baik Tadbir Urus Global, Dorong Kemajuan Hak Asasi Manusia




