- Lain-lain
China, AS Bekerjasama Tumpaskan Satu Kes Jenayah Rentas Sempadan
Kerjasama China dan Amerika Syarikat (AS) berjaya membongkar satu kes pengedaran bahan psikoaktif baharu rentas negara, menurut Kementerian Keselamatan Awam China pada Khamis.
Kementerian tersebut memaklumkan, sejak tahun 2024 Biro Kawalan Narkotik China dan Drug Enforcement Administration (DEA) di bawah Jabatan Kehakiman AS telah menjalankan siasatan bersama terhadap kes tersebut.
Akhirnya pada Februari 2026, berdasarkan maklumat yang diberikan pihak AS, polis Tianjin berjaya menahan seorang suspek warga China yang dikenali sebagai Gong.
Sebelum itu, pihak berkuasa AS telah menahan seorang suspek warga Amerika di Georgia, yang dipercayai terlibat dalam kes sama.
Kejayaan operasi ini sekaligus mencerminkan mekanisme kerjasama penguatkuasaan anti dadah antara China dan AS yang semakin mantap.
Ini juga menunjukkan komitmen kedua-dua negara dalam memerangi dadah dan aktiviti rentas sempadan secara bersama.
- Naib PM China Bertemu CEO AMD, Seru Tingkatkan Kerjasama
- Rundingan Perdagangan China, AS Capai Hasil Positif
- Tinjauan CGTN: Visi Baharu Hubungan China, AS Bekalkan Kepastian kepada Dunia
- Tinjauan CGTN: China, AS Harus Makmur Bersama
- Visi Baharu Singkap Lembaran Baharu Hubungan China, AS
- Wang Yi Perkenal Hasil Pertemuan Xi, Trump
- Pertemuan Xi, Trump Tingkat Persefahaman, Perkukuh Kerjasama - MFA
- China, AS Boleh Pacu Pembangunan Masing-masing Menerusi Pemerkasaan Kerjasama - Xi
- Trump Akhiri Lawatan di China
- Usahawan AS Optimis Peluang Dijana Pasaran China




