- Lain-lain
Pameran Industri Budaya Antarabangsa China Buka Tirai di Shenzhen

Edisi ke-22 Pameran Industri Budaya Antarabangsa China membuka tirai di Pusat Pameran dan Konvensyen Dunia Shenzhen, 21 Mei 2026. (Liu Senjun/People's Daily Online)
Edisi ke-22 Pameran Industri Budaya Antarabangsa China membuka tirai pada Khamis di Shenzhen, sebuah metropolis yang terletak di provinsi Guangdong, selatan China.
Acara lima hari yang menonjolkan perkembangan industri budaya, telah menarik penyertaan 6,312 pempamer secara dalam dan luar talian, membawa lebih 120,000 produk kebudayaan.
Tahun ini, satu kawasan pameran khas untuk anggota APEC disediakan buat kali pertamanya, mempamerkan pencapaian rantau Asia Pasifik dalam pelancongan budaya. Antara bahan pameran termasuk produk dan juadah istimewa serta produk kreatif yang diinspirasikan oleh warisan budaya tak ketara rantau tersebut.
Shenzhen akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33 pada November nanti.
Satu lagi kawasan pameran yang diperkenalkan kali ini memfokuskan e-dagang rentas sempadan. Ia mengumpulkan puluhan syarikat dengan tujuan memudahkan perdagangan rentas sempadan dalam industri budaya, di samping menawarkan saluran untuk produk berkaitan memasuki pasaran antarabangsa.
Sebanyak lapan dewan pameran dibuka di Pusat Pameran dan Konvensyen Dunia Shenzhen, termasuk satu yang menyerlahkan inovasi industri budaya di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau.
Diadakan sejak 2004, pameran ini telah menjadi salah satu acara kebudayaan terkemuka di China, selain sebuah platform penting untuk membantu menyebarkan budaya China ke persada global.

Kawasan pameran budaya kreatif menjadi perhatian. (Liu Senjun/People's Daily Online)

Pameran robot tinju. (Liu Senjun/People's Daily Online)
- Ekspo Industri Kebudayaan Antarabangsa China ke-22 Buka Tirai
- Wenchang Gemilang dengan Hibrid Budaya Tempatan, Asia Tenggara
- Kem Interaksi Bahasa dan Budaya Belia Malaysia-China 2026 Buka Tirai di Putrajaya
- Budaya Sebagai Jambatan Pamer Kecemerlangan Wanita – Diplomat China, ASEAN Bincang Warisan Budaya
- Presiden Xi Beri Galakan kepada Pelajar Sedunia
- Tang Xianzu dan Shakespeare: Teater Jadi Jambatan Dialog Budaya Global
- Pavilion China Rangkul Emas untuk Reka Bentuk Pameran di Ekspo Osaka
- Pusat Kebudayaan China Pertama di Rantau Teluk Dirasmikan di Kuwait
- Duta Besar Malaysia Harap Lebih Banyak Produk Tradisional Tembusi Pasaran China
- Pesta Antarabangsa Wuqiao China ke-20 Buka Tirai di ‘Kampung Halaman Akrobatik’




