- Lain-lain
PM Pakistan Dijadual Lawat China Sempena Ulang Tahun ke-75 Hubungan Diplomatik
Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif dijadual mengadakan lawatan rasmi ke China dari 23 hingga 26 Mei, atas undangan Perdana Menteri China, Li Qiang.
Demikian menurut jurucakap Kementerian Luar, Guo Jiakun dalam sidang media pada Khamis.
Guo berkata, Shehbaz dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Qiang pada lawatan kali ini.
Pemimpin kedua-dua negara juga akan bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai hubungan dua hala dan isu-isu yang menjadi perhatian bersama, selain berbincang mengenai hala tuju baharu hubungan China-Pakistan.
Sepanjang tempoh lawatannya juga, Shehbaz dijadual menghadiri majlis jamuan sempena sambutan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Pakistan, dan melawat ke provinsi Zhejiang.
- Menteri Luar China, Pakistan Adakan Perbincangan Telefon
- Latihan Bersama China-Pakistan "Pengawal Laut-4" Tutup Tirai
- China, Pakistan Aju Inisiatif Lima Perkara untuk Pulih Keamanan di Asia Barat
- TPM Pakistan Mulakan Lawatan ke China Hari Ini
- Menteri Luar China, Pakistan Bertukar Pandangan mengenai Situasi di Iran
- Dialog Strategik Menteri Luar China-Pakistan Berlangsung di Beijing
- TPM Pakistan Lawat China Mulai 3 Januari
- Xi Adakan Pertemuan dengan Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif di Beijing
- Sebuah Hadiah yang Menyelamatkan Nyawa Daripada Sahabat China
- Menteri Luar China, Pakistan Adakan Dialog Stretagik




