- Lain-lain
China Tegas Menentang Rancangan AS Tempatkan Sistem Peluru Berpandu di Negara Asia

China tegas menentang rancangan Amerika Syarika (AS) untuk menempatkan sistem peluru berpandu jarak sederhana di negara-negara Asia dan telah berulang kali menyatakan keprihatinan mengenai isu-isu berkaitan. Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun membuat kenyatakan ini dalam sidang media pada Jumaat.
Menurut laporan berkenaan, AS merancang untuk menempatkan sistem peluru berpandu jarak sederhana "Typhon" di Pangkalan Udara Kanoya, Kagoshima, Jepun dari bulan Jun hingga September untuk tujuan latihan bersama AS-Jepun. Selepas latihan itu berakhir, sistem peluru berpandu jarak sederhana "Typhon" akan dipindahkan ke pangkalan tentera AS di Jepun.
Guo menyatakan bahawa sejak sekian lama, suara bantahan daripada rakyat pelbagai negara Asia termasuk Jepun tidak pernah berhenti. China mendesak AS dan Jepun supaya mengambil kira suara-suara negara-negara serantau, membetulkan kesalahan dalam perbuatan atau rancangannya, dan memainkan peranan positif untuk keamanan dan kestabilan serantau melalui tindakan yang nyata.
- AS Lulus Penjualan Senjata Bernilai USD25.8 Bilion kepada Asia Barat
- AS Perlu Hentikan Tindakan Unilateral Yang Tidak Mengikut Undang-Undang
- Insiden Keselamatan Majlis Makan Malam Rumah Putih, Suspek Ditahan
- Lapan Kanak-kanak Maut Ditembak di Louisiana, AS
- Tentera AS Mula Laksanakan Sekatan Maritim di Selat Hormuz
- Lebih 20 Negeri di AS Failkan Saman, Bantah Dasar Tarif Baharu
- Trump Lancar 'Lembaga Keamanan'
- AS Masih Belum Langsaikan Yuran Keahlian WHO
- AS Gantung Pemprosesan Visa untuk 75 Negara
- Trump Pertimbang Pelan Campur Tangan Terhadap Iran




