- Lain-lain
Tindakan Selamatkan Mangsa Letupan Gas di Lombong Arang Batu Liushenyu Masih Dijalankan

Menurut laporan daripada sidang akhbar melibatkan insiden letupan gas berlaku di Lombong Arang Batu Liushenyu yang diadakan pada jam 10:30 malam semalam, insiden berkenaan telah mengakibatkan 82 kematian, 2 hilang dan 128 lagi cedera.
Pada saat letupan gas berlaku pada jam 7:29 malam Jumaat lalu, terdapat seramai 247 pekerja yang bertugas di bawah tanah.
Datuk Bandar Changzhi provinsi Shanxi, Chen Xiangyang berkata, selepas insiden itu berlaku, pihak berkuasa tempatan segera mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasan bagi keselamatan pengeluaran arang batu, dengan mengerahkan 335 orang penyelamat profesional dan 420 petugas perubatan bergegas ke tapak kejadian menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa tempatan turut melaksanakan pemantauan rapi terhadap gas dan karbon monoksida di bawah tanah bagi mengelakkan kemalangan susulan, dan segera mengarahkan kesemua empat lombong arang batu di bawah kendalian Kumpulan Tongzhou Shanxi untuk menghentikan operasi bagi pemeriksaan keselamatan sepenuhnya.
- Xi Mahu Usaha Habis-Habisan Selamatkan Mangsa Cedera dalam Kebakaran Restoran di Liaoyang
- Li Qiang: Sedaya Upaya Pastikan Keselamatan Nyawa dan Harta Benda Rakyat
- Pertanian Disambung Semula Selepas 24 Hari Benteng Pecah Dipulihkan di Hunan
- 3,832 Mangsa Dipindahkan Selepas Empangan Runtuh di Pekan Yisuhe
- Penyelamat Bertarung Cuaca, Gegaran, Bantu Mangsa Gempa Gansu
- Xi Arah Usaha Habis-Habisan SAR Mangsa Banjir Sichuan
- Penyelamat Mangsa Lemas Dicam sebagai Bekas Johan Sukan Asia
- China dan ASEAN Berupaya Tangani Isu Laut China Selatan dengan Baik




