- Lain-lain
Burung Seriwang Asia Tumpuan Pemerhati Burung di Huangshan

Foto yang diambil pada 2 Jun 2025 ini menunjukkan seekor burung seriwang Asia dan seekor tupai di kampung Bangxia, pekan Liyang, bandar Huangshan di provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh Zhou Jie/Xinhua)
Dengan ekor yang ketara panjang dan gerak-geri yang cukup cantik, tidak hairanlah jika burung seriwang Asia mencuri perhatian ramai pemerhati dan jurugambar. Memandangkan burung ini gemar akan hutan tebal berhampiran sumber air, bandar Huangshan yang kaya dengan sungai dan tumbuhan boleh dikatakan habitat yang ideal.
Populariti aktiviti memerhati burung yang kian meningkat turut membawa semakin ramai pelancong ke kampung Bangxia, sekali gus merangsang sektor pelancongan budaya tempatan. Dalam pendekatan yang mengutamakan ekologi, kampung Bangxia telah menguntukkan sebuah zon perlindungan burung teras dan merancang menetapkan laluan khas untuk pemerhati burung.
Kerancakan sektor ini turut membantu penduduk kampung menambah pendapatan dengan membuka inap ladang dan restoran. Pada 2025, kampung Bangxia menerima seramai 130,000 pelancong, menjana pendapatan sebanyak 2.15 juta yuan.

Foto yang diambil pada 6 Mei 2026 ini menunjukkan seekor burung seriwang Asia di kampung Bangxia, pekan Liyang, bandar Huangshan di provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh Zhou Jie/Xinhua)

Foto yang diambil pada 18 Mei 2026 ini menunjukkan seekor burung seriwang Asia di kampung Bangxia, pekan Liyang, bandar Huangshan di provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh Fan Chengzhu/Xinhua)

Foto yang diambil pada 16 Mei 2026 ini menunjukkan seekor burung seriwang Asia di kampung Bangxia, pekan Liyang, bandar Huangshan di provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh Zhang Duan/Xinhua)

Pemerhati mencari burung di kampung Bangxia, pekan Liyang, bandar Huangshan di provinsi Anhui, timur China, 16 Mei 2026. (Foto oleh Zhang Duan/Xinhua)

Foto dron yang diambil pada 31 Ogos 2025 ini pemandangan kampung Bangxia, pekan Liyang, bandar Huangshan di provinsi Anhui, timur China. (Foto oleh Fan Chengzhu/Xinhua)
- Pelancongan Bertemakan Teh Makin Hangat
- Industri Teh Hitam Qimen Jalani Penaiktarafan Digital
- Shenzhen Teroka Jalan Sendiri Lindung Biodiversiti Bandar
- Saintis Cadang Kelaskan Tengah China Tapak Biodiversiti Global
- Xi Seru Mobilisasi Seluruh Masyarakat dalam Usaha Penghijauan
- Rimbunan Bakau Perindah Landskap Bandar di Quanzhou
- Tanglung Ikan Tambah Kemeriahan di Shexian
- Pekan Kecil Jadi “Hab Berus” China
- Populasi Kuda Przewalski Bertambah Hasil Usaha Perlindungan
- Ekologi Sihat Tarik Kedatangan Bangau Hijrah ke Taiyuan




