- Lain-lain
Xi Berunding dengan Presiden Serbia Vucic di Beijing

China dan Serbia perlu berganding bahu menempuh jalan berkongsi nasib dan makmur bersama, sekali gus meningkatkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara ke tahap baharu.
Perkara itu dinyatakan Presiden China Xi Jinping dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Serbia Aleksandar Vucic di Beijing pada Isnin.
Xi berkata China menyokong Serbia mengekalkan jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri, dan bersedia meningkatkan perkongsian pengalaman mengenai pentadbiran negara dengan Serbia.
Beliau menyeru kedua-dua pihak melaksanakan pelan tindakan jangka pertengahan bagi kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memperkukuh kerjasama berkaitan infrastruktur pengangkutan dan tenaga, di samping meneroka kerjasama dalam sektor memuncul seperti kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital, tenaga hijau dan pembuatan canggih.
Kedua-dua negara juga hendaklah memanfaatkan dasar pengecualian visa, perjanjian perdagangan bebas dan penerbangan terus untuk memperluas kerjasama menyeluruh dalam bidang budaya, pendidikan, sukan, pelancongan dan banyak lagi, katanya.
Xi menyatakan bahawa berdepan situasi antarabangsa yang penuh pancaroba, China dan Serbia perlu terus meningkatkan koordinasi dan sinergi dalam urusan antarabangsa, mengamalkan multilateralisme jitu dan menyumbang kepada pembinaan dunia multipolar yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang terangkum dan menguntungkan semua.
Sementara itu, Vucic berkata Serbia ingin bersinergi dengan China untuk memperkasa kerjasama BRI secara berkualiti tinggi, memajukan pelaksanaan projek-projek mega, merapatkan pertukaran sosiobudaya sekali gus mendorong hubungan bilateral membuahkan lebih banyak hasil substantif.
Beliau memuji China sebagai negara besar yang sentiasa menghormati dan melayan negara kecil secara sama rata serta mematuhi undang-undang antarabangsa sehingga menjadi contoh kepada dunia.
Serbia bersedia terus meningkatkan kerjasama pelbagai hala dengan China bagi memelihara keamanan dan keadilan antarabangsa, tambah beliau.





- Presiden Serbia Dijadual Lawat China pada 24 Mei
- Xi Adakan Pertemuan dengan Presiden Serbia, Aleksandar Vucic
- Presiden Serbia Zahir Penghargaan kepada China, Bantu Siapkan Lebuh Raya Baharu
- Laluan Pengangkutan Udara Kargo Urumqi-Belgrade Beroperasi
- China Hormati Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah Serbia
- FTA China-Serbia akan Dikuatkuasakan 1 Julai
- China, Serbia Tingkatkan Perkongsian Strategik Komprehensif
- Peng Liyuan Melawat Muzium Kebangsaan Serbia
- Masa Depan Ikatan China-Serbia Kelihatan Semakin Cerah
- Xi Hadiri Majlis Jamuan Alu-aluan di Belgrade




