Xi, Van der Bellen Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-55 Hubungan Diplomatik China-Austria

(CRI)Khamis 28 Mei 2026

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Austria, Alexander Van der Bellen pada Khamis bertukar ucapan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Xi dalam perutusan berkata beliau amat mementingkan perkembangan hubungan China-Austria, dan bersedia berganding bahu dengan Presiden Van der Bellen untuk melonjakkan hubungan China-Austria ke tahap lebih tinggi serta menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Sementara itu, Van der Bellen berkata kerjasama antara Austria dan China diperkasakan, pertukaran kedua-dua negara dalam bidang kebudayaan, pendidikan, penyelidikan sains, kebudayaan dan ekonomi semakin ditingkatkan, manakala asas persahabatan kedua-dua negara kian kukuh.

Beliau turut menzahirkan harapan agar hubungan antara Austria dan China dapat dilonjakkan ke tahap yang lebih tinggi.

Video

Berita Berkaitan