Ekspo China-Asia Selatan akan Dirasmikan di Kunming

(CRI)Jumaat 29 Mei 2026

Ekspo China-Asia Selatan ke-10 akan diadakan di bandar Kunming, provinsi Yunnan dari 11 hingga 16 Jun depan.

Perkara itu dikongsikan pegawai Kementerian Perdagangan China dalam sidang media Jabatan Penerangan Dewan Negara China pada Jumaat.

Untuk rekod, jumlah perdagangan antara China dan negara-negara Asia Selatan melepasi paras USD200 bilion pada tahun 2025, meningkat sebanyak 10.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Perdagangan antara China dan Asia Selatan juga terus menunjukkan momentum pertumbuhan baik dalam empat bulan pertama tahun ini dengan memperlihatkan peningkatan sebanyak 15.8 peratus tahun ke tahun.

Kini, China merupakan rakan dagangan terbesar bagi Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan Maldives.

Video

Berita Berkaitan