Ekspo Kecerdasan Dunia 2026 Buka Tirai di Tianjin

(CRI)Jumaat 29 Mei 2026

Ekspo Kecerdasan Dunia (WIE) 2026 yang membuka tirai di Tianjin, utara China pada Khamis bakal menyaksikan pelancaran lebih 200 piawaian, produk dan teknologi baharu.

Sesi pelancaran teknologi canggih turut diatur sempena ekspo kali ini bagi mempamerkan pencapaian terkini dalam industri pintar.

Hampir 100 hasil teknologi melibatkan pembangunan bandar pintar, kehidupan pintar dan sebagainya akan ditampilkan dalam acara berkenaan.

Menurut statistik, skala industri kecerdasan buatan (AI) China melebihi 1.2 trilion yuan (RM700 bilion) pada 2025 dengan merangkumi lebih 6,200 buah syarikat.

Pada masa ini, teknologi AI sedang berintegrasi secara mendalam dengan pelbagai sektor di China.

Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Universiti Nankai (NKU), Liu Gang menyifatkan WIE sebagai jendela bagi mempamerkan teknologi termaju serta penyelesaian teknologi yang boleh laksana.

Beliau berkata lebih banyak syarikat akan menerima pakai teknologi baharu yang diperkenalkan menerusi pameran berprestij itu.

Video

Berita Berkaitan