Pelebaran Jalan Biayaan China Rancakkan Ekonomi di Kemboja

Perdana Menteri Kemboja Hun Manet (tengah, depan) memotong reben pada perasmian satu seksyen National Road No.7 di Kampong Cham, Kemboja, 7 Julai 2026. (Foto oleh Nitola/Xinhua)

Kemboja pada Selasa lalu merasmikan satu seksyen National Road No.7 biayaan China yang baru dilebarkan, yang dijangka akan merancakkan perdagangan dan pelancongan serantau.

Berucap pada majlis pelancaran di wilayah tengah negara, Perdana Menteri Hun Manet menyatakan bahawa seksyen sepanjang 45 kilometer dari bulatan Skun Market ke bulatan Jambatan Kizuna di pekan Kampong Cham itu telah dinaiktarafkan daripada dua kepada empat lorong.

“Jalan ini akan memudahkan lalu lintas awam, merangsang perdagangan dan pelancongan, serta mempertingkat kualiti hidup bagi penduduk dan orang yang berulang-alik,” ujar Hun Manet. “Sebagai koridor ekonomi penting, jalan ini menghubungkan wilayah tengah dan kawasan timur laut.”

Memetik perdana menteri itu lagi, selain membantu kelancaran lalu lintas yang semakin sibuk, penaiktarafan ini akan melicinkan pengangkutan komersial, pertanian dan agro-industri, di samping mendorong sektor logistik. Ia juga akan merangsang pelancongan di wilayah Kampong Cham yang kaya dengan tinggalan kuil purba, tempat peranginan semula jadi dan tapak budaya sejarah.

Menurut Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Peng Ponea, projek tersebut telah mengambil masa 27 bulan untuk siap.

“Seksyen jalan ini merancakkan perjalanan dan perdagangan seluruh rantau, sekali gus memacu pertumbuhan sosioekonomi di Kampong Cham dan provinsi-provinsi jiran yang berpotensi tinggi,” kata Ponea.

Tambahnya, laluan tersebut turut mempermudah perdagangan barangan dan produk pertanian utama termasuk getah, beras, lada, ubi kayu, gajus, jagung, tebu, tembakau, ternakan serta buah-buahan dan sayur-sayuran.

Foto dron yang diambil pada 29 Mei 2026 ini menunjukkan satu seksyen National Road No.7 di Kampong Cham, Kemboja. Kemboja pada Selasa lalu merasmikan satu seksyen National Road No.7 biayaan China yang baru dilebarkan, yang dijangka akan merancakkan perdagangan dan pelancongan serantau. (Foto oleh Nitola/Xinhua)

Video

Berita Berkaitan