- Lain-lain
China Terbitkan Laporan GDI 2026, Gesa Dunia Utamakan Pembangunan
Dialog Peringkat Tinggi sempena Ulang Tahun Ke-5 Pelancaran Inisiatif Pembangunan Global (GDI) berlangsung di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada Jumaat.
China telah menerbitkan Laporan Pembangunan Global 2026 (Pandangan Utama) yang bertemakan "Kerjasama Memperkukuh Kestabilan Pembangunan Global" bagi merumuskan sumbangan idea serta amalan praktikal GDI sepanjang lima tahun lalu.
Mendepani landskap politik dunia yang bergolak dan tidak menentu, laporan ini telah menjelaskan pendirian tegas Beijing kepada masyarakat antarabangsa.
Dokumen berkenaan menekankan bahawa tatkala perselisihan antarabangsa semakin meruncing, dunia sewajarnya meletakkan semula agenda pembangunan sebagai keutamaan di peringkat global, selain mendepani cabaran menerusi kerjasama yang lebih terbuka.
Laporan itu juga menggariskan bahawa penggerak asas kepada lonjakan pembangunan global masih belum hilang.
Adalah terbukti bahawa meskipun dunia kini berada dalam era persaingan dan perbezaan pandangan yang sengit, semua pihak masih mempunyai ruang untuk membina konsensus, menggembleng sumber, serta mencipta peluang pembangunan bersama demi kemakmuran sejagat.
- Xi Ucap Tahniah Penganjura Dialog Peringkat Tinggi Sempena Ulang Tahun Ke-5 GDI
- China Seru Komuniti Antarabangsa Laksanakan Semangat Deklarasi Hak Pembangunan
- Seminar Antarabangsa Anti-keganasan 2026 di Xinjiang Bertujuan Martabatkan Penguatkuasaan, Jana Impak Sosial
- China Seru Perkukuh Kerjasama, Pacu Pembangunan Global
- Persidangan Peringkat Tinggi Mengenai GDI Berlangsung di Beijing
- China Atasi AS dalam Penarafan Kelulusan Kepimpinan Global: Gallup
- China Komited Kongsi Pembangunan Dan Kemakmuran Dengan Semua Negara
- Forum Lanting: Martabatkan Initiatif Tadbir Urus Global demi Manfaat Umat Manusia
- China Kekal Status Negara Membangun Terbesar: MOFCOM
- China Seru Seluruh Dunia Bersatu, Demi Realisasikan Agenda Pembangunan Mampan




