Pasangan Panda Gergasi China Tiba di Zoo Atlanta

(CRI)Isnin 28 September 2026

Pasangan panda gergasi China, Ping Ping dan Fu Shuang selamat tiba di Zoo Atlanta Amerika Syarikat (AS) pada pukul 8.55 pagi Ahad waktu tempatan.

Berdasarkan perjanjian, kedua-dua ekor panda gergasi itu akan ditempatkan di Zoo Atlanta, Georgia, bagi tempoh sepuluh tahun.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Zoo Atlanta, Raymond B. King menyatakan bahawa ketibaan kedua-dua panda tersebut merupakan detik bersejarah dan hari yang mengujakan bagi seluruh warga kerja zoo tersebut.

Katanya, pihak zoo amat gembira menerima kehadiran Ping Ping dan Fu Shuang dan teruja untuk berkongsi kegembiraan tersebut bersama pengunjung serta komuniti setempat dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Video

Berita Berkaitan