- Lain-lain
Xi Seru Usaha Majukan Inisiatif China Aman
Presiden China Xi Jinping menyeru usaha dipergiat untuk memajukan Inisiatif China Aman ke tahap yang lebih tinggi bagi memastikan kemajuan berterusan dicapai dalam proses pemodenan negara.
Beliau berkata aspek pembangunan dan keselamatan perlu diberi penekanan secara seiringan, selain usaha dijalankan untuk memperkukuh sistem keselamatan negara.
Xi turut menegaskan peri pentingnya meningkatkan tahap pengurusan keselamatan awam, menambah baik sistem tadbir urus sosial serta mencegah dan menyelesaikan pelbagai risiko.
China akan bergerak ke arah negara yang lebih selamat dengan masyarakat lebih teratur, tadbir urus lebih cekap dan rakyat lebih berpuas hati, tambah beliau.
Arahan Xi berkenaan disampaikan dalam satu persidangan mengenai kerja pemajuan Inisiatif China Aman yang berlangsung di Beijing pada Isnin.
Untuk rekod, China merupakan antara negara dengan kadar jenayah dan kes pembunuhan berada pada tahap yang terendah di dunia.
- Xi Seru Pegawai Polis Kekal Komited Berkhidmat untuk Rakyat
- China Duduki Tempat Pertama dalam Indeks Keselamatan Awam Global 2026
- Nilai 'Rasa Selamat Ala China' Menyerlah
- Pelbagai Aktiviti Diadakan semasa Hari Pendidikan Keselamatan Negara
- Xi Sahkan Dua Pindaan Undang-undang
- China Keluarkan Kertas Putih mengenai Keselamatan Negara
- Tingkatkan Inisiatif China Aman ke Tahap Baharu - Xi
- Xi Mahu Perkhidmatan Awam Inklusif Diperkasa
- Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global 2024 Dirasmikan di Lianyungang
- Jepun Didesak Hormati Keprihatinan Keselamatan Negara Jiran




